PELAKSANAAN PROSES PENTAKSIRAN

Konsep Pentaksiran

 proses mengumpul bukti dan membuat pertimbangan tentang keperluan, kekuatan, kebolehan dan pencapaian.”

proses mengumpul data dan membuat pertimbangan tentang keberkesanan program pengajaran, polisi dan prosedur.”
                                                                                                                                                                            (Arthur et.al.; 1996)

Ia merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan pelbagai kaedah.

 

Definisi Pentaksiran Prasekolah:

 

Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid bagi membantu guru membuat penilaian.

 

Tujuan Pentaksiran di Prasekolah

 

-          mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur

-          mengenalpasti kecerdasan dan potensi bagi memperkukuhkan

-          mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid

-          menjalankan tindakan susulan yang sesuai  dengan serta merta.

-          memberi maklumbalas kemajuan murid

 

·         Pentaksiran harus dijalankan ke atas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam KSPK

·         Merangkumi keseluruhan tunjang termasuk penerapan nilai, pembentukan sikap, penguasaan kemahiran, status kecergasan, status kesihatan dan kesediaan sosial.

·         Penyertaan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran kerana melibatkan banyak faktor.

·         Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran

·         Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika dan hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.

 

Ciri-Ciri Pentaksiran Di Prasekolah

 

•          Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.

•          Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).

•          Dijalankan dalam suasana tidak formal.

•          Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.

•          Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

 

 

Kepentingan Pentaksiran Kepada Guru

 

•          Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.

•          Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.

•          Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.

•          Memberi maklumbalas terhadap  kemajuan murid

 

Kepentingan Pentaksiran Kepada Murid

 

Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :

•          Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.

•          Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

 

Apakah yang ditaksir?

 

Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung dalam KSPK yang mengandungi :

 

•          Tunjang Komunikasi

•          Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

•          Tunjang Ketrampilan Diri

•          Tunjang Fizikal dan Estetika

•          Tunjang Sains dan Teknologi

•          Tunjang Kemanusiaan

 

Termasuk elemen berikut :

•            penerapan nilai

•            pembentukan sikap

•            penguasaan kemahiran

•            status kecergasan

•            status kesihatan

•            kesediaan sosial

 

Maksud konstruk dalam pentaksiran di prasekolah adalah:

 

Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu

                                    - Kemahiran Mendengar

                                    - Kemahiran Bertutur

                                    - Kemahiran Membaca Perkataan

                                    - Kemahiran Membaca Ayat

                                    - Kemahiran Menulis

 

Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard Prestasi.

 

 

Standard Prestasi Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid.Standard Prestasi digunakan semasa kita mentaksir.

 

 

Pentaksiran di prasekolah melibatkan proses:

i)    Merancang

ii)   Membina Instrumen

iii)  Melaksanakan Pentaksiran

iv)  Merekod

v)   Menyimpan,  Menganalisis  Maklumat   dan  Melapor

  

MODEL PROSES PELAKSANAAN PENTAKSIRAN

 

Senarai Semak

Definisi:

Senarai semak ialah senarai item yang  disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai  item yang disediakan adalah untuk  menentukan sama ada :

 

Ψ         sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan

Ψ         sesuatu pelakuan telah dilakukan

Ψ         kekerapan sesuatu tingkah laku  diperhatikan

 

Prosedur

 

Perkara yang perlu diberi perhatian :

 

·         Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.

·         Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas

·         Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku  mudah dalam konteks semula jadi

·         Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.

·         Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang ingin diperhatikan

·         Tidak menunjukkan darjah kemajuan  hasil pembelajaran atau tingkah laku murid

·         Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat / tekal

·         Senarai semak boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas

 

 

 

 

Rekod Anekdot

·         Satu catatan ringkas tentang satu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkodkan.

·         Anekdot ditulis secara objektif, menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana berlaku.

·         Catatan ringkas ini akan membantu guru memahami murid berkenaan.

·         Rekod  anekdot tidak memerlukan setting, borang atau masa tertentu.

 

Panduan Merekod Anekdot

·         Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir

·         Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat

·         Menulis apa yang dilihat secara objektif

·         Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan

·         Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan

·         Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan murid


CONTOH REKOD ANEKDOT

 

Nama:  Maria

Masa: 9.00 pagi

 

Tarikh: 20.10.2010

Tempat: Di luar Kelas

 

 
  Pemerhatian:

Maria dan Tina duduk di bawah pokok sambil bermain tepuk tangan. Agus datang menghampiri mereka dan menunjukkan bunga raya yang telah dipetiknya di kawasan tadika. Dia menyepak bunga itu seolah-olah seperti bola raga.
Maria menegur: “Mana boleh buat macam tu…”
“Tak apa”, kata Agus.
“Tak reti..itu bukan bola” kata Maria lagi.
“Tak apalah..” , jawab Agus lagi.
“Sayang bunga tu…”
Maria menarik tangan Tina dan beredar dari situ.

Interpretasi:

- Maria menunjukkan bahawa dia mempunyai perasaan untuk menjaga dan menyayangi lam sekitar.

- memiliki kecerdasan naturalis

 

 

 

Rekod Berterusan

·         Rekod Berterusan merupakan catatan yang dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak semasa berlakunya sesuatu peristiwa.

·         Setiap pelakuan dan apa yang dikata oleh murid akan dicatatkan sepanjang tempoh pemerhatian.

·         Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh 3 – 5 minit.

Prosedur

•          Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.

•          Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.

•          Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.

•          Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

 

Panduan Menulis Rekod Berterusan

·         Rekod perkara yang benar-benar berlaku

·         Guna bahasa yang mudah difahami 

·         Guna singkatan semasa mencatat

·         Tulis secara terperinci tingkahlaku yang  diperhatikan.

·         Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan  “judgemental”

·         Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

 

 

CONTOH REKOD BERTERUSAN

Nama: Asri bin Yusof                         Umur: 5 tahun                                      Tarikh: 24.4.2010

Guru: Mohd  Ismail                             Masa: 11.00 pagi                                 Item: Peraturan

Pemerhatian

Ulasan

Asri masih berada diruang mengambil wuduk. Murid lain sudah memenuhi saf hadapan. Cikgu Mohd meminta murid berdiri betul untuk mendirikan solat.

Asri menolak dan merempuh rakan di saf hadapan untuk membolehkannya berada di saf hadapan.

Cikgu Mohd menegur perbuatan Asri. “Tadi Asri lambat ambil wuduk.., kalau kita lambat, kita kena masuk di saf belakang yang masih kosong. Lain kali kalau nak di saf depan kenalah cepat ambil wuduk”
Amin menyampuk ,”Tadi dia main air, cikgu.”

Asri mengundur masuk ke saf belakang.

Belum memahami tertib mendirikan solat berjemaah

 

 


Skala Kadar

·         Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala -  secara angka atau gred.

·         Semasa merancang guru perlu menentukan :

-          Tajuk

-          Kemahiran , tingkah laku dan aktiviti dinyatakan  dengan jelas

-          Penerangan skala dinyatakan

-          Skala kadar boleh digunakan secara individu, kelas  atau kumpulan

 

 

 

 

Tindakan susulan

Mempunyai 2 jenis tindakan susulan :

  1. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran

        -  Murid yang sudah menguasai

        -  Perlu latihan lebih mencabar

ii. Bimbingan dan pemulihan

        -  Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard

        -  Perlu galakan dan aktiviti bimbingan

 

Laporan Perkembangan Dan Kemajuan Murid

•              Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.

•              Ulasan perlu memenuhi kriteria  kebolehan dan pencapaian sebenar murid

•              Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang  

    ditentukan

 

 

 

Etika Pentaksiran

-          Hasil pemerhatian hanya boleh  dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja

-          Rekod tidak boleh dipamerkan

-          Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga

-          Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun

 

Dibina pada Nov 19, 2010 dan dimuatnaikkan pada 20 Nov 2010 oleh Pengendali@2006