Strategi Pengajaran:

 

Kata Kunci: Pemusatan Guru, Pemusatan Murid, Pemusatan Bahan, Berasaskan Tugasan.Aktiviti

 

 

(i) Strategi pemusatan guru: menjadikan guru tumpuan utama dalam aktiviti di bilik darjah. Juga dikenali sebagai "arahan terus". Arahan terus bermaksud mengharapkan sepenuhnya kepada guru untuk mengarah murid berfikir dan penglibatan murid bergantung sepenuhnya kepada kandungan struktur bahan. Contohnya menjalankan aktiviti memberi ulasan, latih tubi, syarahan ringkas dan hafalan murid

 

            Strategi pemusatan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ianya melibatkan persembahan bahan pengajaran yang ringkas, langkah yang bersistematik dengan masa rihat sejenak bagi mengukur kefahaman murid. Pendekatan ini amat berguna bagi mengajar pengetahuan dan kemahiran serta fakta spesifik atau kehadiran kemahiran yang telah nyatakan. Sebagai contoh, mengajar fakta pada matapelajaran sains atau pengajian sosial, kemahiran pemetaan, peraturan dan konsep tatabahasa, istilah bahasa asing, perkomputeran matematik dan membandingkan fakta dari pandangan atau pendapat orang lain. 

 

            Strategi pemusatan guru merupakan langkah-langkah kecil yang menumpukan latihan ulangan murid. Guru berperanan menyediakan bahan, memberi bimbingan melalui sesi penerangan  awal dan menyediakan murid dengan latihan yang kerap dan bertahap tinggi.

 

(ii) Strategi pemusatan murid: adalah lebih sesuai apabila maklumat yang cuba disampaikan melalui strategi pemusatan guru tidak dapat disampaikan secara berkesan dan apabila matlamat memerlukan pembentukan kemahiran berfikiran tinggi dan kreatif. Pengajaran melalui strategi pemusatan murid biasanya kurang eksplisit. 

 

            Tujuan strategi pemusatan murid adalah untuk memisahkan cara tradisional pemusatan guru dan mengalakkan tambahan penglibatan dan tanggungjawab murid.

 

            Guru yang mengunakan kaedah strategi pemusatan murid tidak menyerahkan sepenuhnya pengawalan bilik darjah kepada murid dan membiarkan murid membuat sesuka hari mereka, walaupun strategi pemusatan murid adalah secara tidak langsung atau eksplisit. Guru masih mengekalkan tanggungjawab dan memberi sebahagian dari tanggungjawab kepada murid. Peranan kebiasaan guru diserah dan dikongsi bersama murid dengan membenarkan kumpulan murid menentukan pengajaran dan pembelajaran di jalankan. 

 

                        Strategi pemusatan murid didapati lebih bermakna dalam membina dan membentuk kebolehan murid dalam  mengunakan konsep dan membentuk sikap yang positif, meningkatkan motivasi, membina perkembangan personal dan mengalakkan kemahiran sosial kumpulan. Kaedah pemusatan murid juga membuktikan peningkatan kognitif ditahap tinggi, tetapi diragui apabila digunakan untuk melaksanakan tugasan yang memerlukan tahap pemikiran yang rendah.  

 

 

                        Diantara contoh-contoh yang boleh diambil kira ialah penerokaan, penyelidikan dan penemuan dan sedikit   bentuk perbincangan. Diantara contoh-contoh pelajaran yang kurang eksplisit termasuklah menganalisa haluan sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah amali, perbincangan dan spekulasi penyelesaian masalah bagi isu sosial, pengajaran karangan dan menulis kertas tugasan.

 

            Strategi pemusatan murid bertujuan membantu murid tenntang bagaimana untuk belajar. Ini termasuklah membina dan menyusun persekitaran bilik darjah dan pembelajaran dimana murid berinteraksi dengan murid dan rakan-rakan.

 

            Melalui strategi ini, guru hendaklah sentiasa mahir dan berpengetahuan dalam subjek yang di ajar; setiap guru hendaklah memastikan struktur disiplin matapelajaran, mengenalpasti dan membentuk pengalaman yang bermakna buat murid dan membolehkan murid meneroka dan menemukan apa yang guru ingin mereka pelajari. 

           

 

 

Kaedah Pemusatan Pelajar

Kaedah Pemusatan Guru

1 Penglibatan pelajar hampir sepenuhnya Penglibatan guru hampir sepenuhnya
2 Interaksi antara pelajar Interaksi guru dengan murid
3 Guru menerima dan mengunakan pemikiran, idea, cadangan murid Guru boleh mengkritik, membetul atau menolak pandangan murid
4 Kumpulan murid menentukan bagaimana meneruskan tugasan pembelajaran Guru membuat dan menetapkan aktiviti pembelajaran
5 Perbincangan mengenai pengalaman kendiri digalakkan Perbincangan menumpukan kandungan bahan kursus
6 Ujian dan gred bukan produk pembelajaran utama Ujian dan gred menjadi ukuran produk pembelajaran
7 Murid berkongsi peranan dan tanggungjawab dalam penilaian Guru bertanggungjawab sepenuhnya keatas penilaian
8 Guru memberi tumpuan pada perubahan  sikap Tumpuan kepada perubahan intelektual
9 Murid terlibat menentukan matlamat di bilik darjah Matlamat ditentukan guru
10 Cubaan membina kejeliketan didalam bilik darjah Tiada usaha untuk membina kejeliketan dalam bilik darjah

 

 Perbandingan diantara Kaedah Pengajaran Pemusatan Murid dengan Pemusatan Guru: (Diubahsuai dari Martin et al.1988:395)

 

(iii) Strategi Berasaskan Bahan: merangkumi pelbagai kaedah dan cara yang mana murid boleh mempelajari cara-cara yang seimbang atau yang mengimbangi apa yang disampaikan guru dengan apa yang murid pelajari secara sendiri.

 

      Buku telah digunakan sebagai bahan pembelajaran sekian lama. Sejak-sejak ini, terdapat peningkatan dalam pengunaan media dalam pengajaran berasaskan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran, panduan pembelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pengunaan pita dan CD. Lain bahan yang sofistikated adalah bahan berasakan komputer, persidangan perkomputeran, CD-ROM, multimedia; kumpulan perbincangan berasaskan komputer; cakera video interaktif; bahan dalam World Wide Web; tele-koneferen, video-conferencing and telematics.

           

     Pembelajaran berasaskan bahan amat berguna dalam membantu guru memenuhi kehendak kepelbagaian murid

                  Pembelajaran berasaskan bahan menyediakan cara bagi murid mempelajari sesuatu mengikut kehendak atau

                kadaran kendiri, pada bila-bila masa, dimana mereka mahu dan menampung ketidakhadiran murid ke kelas.

 

                 Dalam pembelajaran berasaskan bahan, peranan guru termasuklah:

 

                        o membimbing murid tentang dimana untuk mendapatkan maklumat

                        o membantu murid mencari soalan yang betul untuk ditanya

                        o mencari penyelesaian apabila menghadapi masalah

                        o mengalakkan murid apabila mereka hampir gagal

                        o mengalakkan murid berinteraksi dalam kerja berkumpulan

 

(iv) Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti:

 

            Guru akan melibatkan murid dengan aktiviti atau tugasan yang diberikan yang turut menyediakan peluang untuk berlatih atau mengaplikasikan apa yang telah dipelajari (dan dalam proses, menyediakan mereka dengan latihan, strategi tugasan mudah atau bentuk scaffolding yang mungkin diperlukan untuk membolehkan mereka untuk melengkapkan dan menyelesaikan aktiviti tugasan dengan jayanya).

 

            Kriteria yang diambilkira dalam memilih atau membentuk aktiviti:

 

            o Mulakan dengan memberi tumpuan kepada matlamat unit utama dan fikirkan cara untuk meningkatkan pencapaian kearah pencapaian matlamat. Biasanya, matlamat utama akan memberi tumpuan kepada kefahaman dan kebolehan murid untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan keadaan sebenar diluar pembelajaran disekolah dam ini akan membantu guru merekabentukkan aktiviti melalui harapan hasil pembelajaran daripada hanya sekadar menyediakan latihan dari dalam buku.

 

            o Dengan matlamat pengajaran pembelajaran dinyatakan, pelbagai aktiviti mungkin boleh dilaksanakan seperti:

 

a. Keperluan atau Asas (Essential)

b. Kerelevenan terus dan penting (tidak berapa perlu)

c. Kerelevenan terus tetapi kurang penting berbanding lain aktiviti yang menyediakan fungsi yang sama dengan lebih efektif

d. Agak releven tetapi tidak berapa penting kerana ianya tidak meningkatkan pencapaian matlamat utama

e. Tidak releven atau sesuai dengan matlamat

 

            o Dalam memilih aktiviti-aktiviti dan yang tidak memenuhi kriteria utama, guru boleh mengambil kira kriteria sekundar:

 

a. Murid akan berkemungkinan mendapati aktiviti adalah menarik dan mengembirakan

b. Aktiviti menyediakan peluang berinteraksi dan dapat membincangkan dan bukan kerja solitori

c. Jika aktiviti melibatkan penulisan, murid akan membuat karangan ringkas dan bukan hanya sekadar mengisi tempat kosong

d. Aktiviti menumpukan aplikasi idea penting, bukan sekadar maklumat kosong tetapi menarik dan berguna

e. Sebagai satu pakej, aktiviti-aktiviti menyediakan kepelbagaian dan secara tidak langsung memotivasikan murid ketahap yang konsisten dengan matlamat kurikulum

f. Sebagai satu pakej, aktiviti-aktiviti merangkumi banyak rangkaian dengan hal semasa atau tempatan dan contoh kekeluargaan atau aplikasinya.

 

            Selain diplih dengan tepat, aktiviti hendaklah dipersembahkan dengan berkesan, dipantau dan kesan sebaik mungkin jika berkehendakkan kesan impak sepenuhnya. Ini bermakna menyediakan murid aktiviti yang kehadapan, menyediakan bimbingan dan memberi maklumbalas ketika aktiviti dan menstruktur dan membentukan aktiviti refleksi selepas itu.

 

            Dalam aktiviti pengenalan, guru hendaklah memberi penekanan tentang tujuan dan cara-cara untuk membantu murid melibatkan diri dengan menyediakan idea yang jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. 

 

            Guru boleh membantu memberi mana-mana maklumat atau membantu memaklumkan cara untuk menyiapkan keperluan tugasan. Jika pembacaan diperlukan dalam tugasan, sebagai contoh guru hendaklah atau boleh merumuskan idea utama, mengingatkan murid tentang strategi bagi membentuk dan memantau kebolehan membaca mereka (seperti meringkaskan, mengambil nota, menyoal kefahaman diri) atau menyediakan mereka dengan 'penjadualan awal' (advance organizers) yang akan membantu pendekatan dalam cara yang diinginkan.

            Apabila murid memulakan tugasan aktiviti, guru hendaklah memantau pencapaian dan memberi bantuan jika perlu.

 

            Kebanyakan tugasan tidak akan mencapai keberkesanan penuh kecuali dijalankan refleksi atau taklimat semula, Disini guru hendaklah menyemak tugasan dengan murid, menyediakan maklumbalas umum tentang pencapaian dan menguatkan atau mengukuhkan idea utama seiring dengan matlamat keseluruhan.

 

Rujukan On-Line                                                                   

 

  1. Kalender Rujukan 

 

Other Reference :

 

  1. http://aacaanip.bravehost.com
  2. http://aacaanjip.bravehost.com
  3. http://aacaan.bravehost.com

Kembali/Home

 

   Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini 
Page Created 25 May 2006 and last updated on  11/22/2010 by Pengendali@ 2006