Model-Model Pengajaran

 

 

Best viewed with Internet Explorer 800 x 600

 

Model Pengajaran adalah sejenis rencana terperinci (blueprint) untuk pengajaran. Model adalah strategi

rekabentuk perancangan (prescriptive) untuk mencapai matlamat pengajaran. Rekabentuk perancangan ini

bertujuan untuk menerang dan menjelaskan tanggungjawab guru diperingkat perancangan, pelaksanaan dan

penilaian pengajaran.

Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan bergantung kepada teori pembelajaran tertentu. Diantaranya

adalah  induktif, deduktif, inkuiri dan kepelbagaian lain. Teori-teori yang dimaksudkan menumpukan aspek yang berlainan

bergantung pada tahap murid, dan sebagai kesimpulannya implikasi terhadap pengajaran juga berbeza. Model menyediakan

struktur dan arah untuk guru tetapi ianya tidaklah menghalang sebarang tindakan yang diambil oleh guru.

             

i) Model Ekspositori atau Menjelaskan (Expository model) merupakan aktiviti berpusatkan guru yang

memberi fokus atau menumpukan pendekatan dengan memberi penjelasan dan penerangan serta mengunakan

kaedah latihan dan ulangkaji. Juga bermaksud penerangan yang jelas dan terperinci. Guru akan bertindak

sebagai penyampai bahan atau memberi arahan yang terus.

        

• Langkah-langkah konsep pengajaran eksporitori

             

Guru:

a. Memberi definisi konsep dan menerangkan istilah

b. Mengaitkan konsep dengan keadaan sebenar

c. Memberikan contoh-contoh positif dan negatif

 

Guru akan menerangkan, murid akan mendengar dan menyalin atau membuat nota dan akan cuba mengingati dan memaham apa yang diberikan atau disampaikan

 

     Murid:

 

              a. Meneguhkan atau menjelaskan atau memahami lebih lanjut contoh yang diberi guru samada dalam

                  bentuk positif atau negatif

              b. Memberi contoh tambahan  

           

• Langkah-langkah dalam pengajaran generalisasi andaian (generalizations):

 

Guru:

a. Membuat generalisasi atau andaian

b. Menjelaskan konsep dalam generalisasi

c. Memberi contoh positif dan negatif

 

Murid:

a. Cuba menjelaskan atau menerangkan contoh tambahan yang diberikan guru dalam bentuk positif atau negatif 

b. Menyediakan contoh tambahan

 

 

ii) Model Pemprosesan Maklumat  oleh Robert M Gagne:  

    

Menitikberatkan cara untuk meningkat naluri dalaman manusia untuk memahami sesuatu keadaan dengan

mendapatkan dan menyusun data, mengesan masalah dan cuba menghasilkan keputusan atau penyelesaian dan

membentuk konsep dan bahasa bagi tujuan penyampaian selanjutnya.

 

Model-model dalam kumpulan ini menyediakan pelajar dengan maklumat dan konsep; menitikberatkan

pembentukan konsep dan pengujian hipotesis dan sesetengahnya menghasilkan pemikiran kreatif. Ada juga

yang direkabentuk untuk meningkatkan kebolehan intelek secara amnya. Kebanyakan model pemprosesan

adalah amat berguna untuk pembelajaran kendiri dan masyarakat dan untuk memperolehi serta memenuhi

matlamat sendiri dan masyarakat. Diantara yang dimaksudkan atau berada didalam kumpulan ini ialah:

 

 

 

• Pemikiran Induktif, dibangunkan oleh Hilda Taba dan dibina semula oleh Bruce Joyce.

• Pencapaian Konsep, dibangunkan oleh Jerome Brune, Fred Lighthall dan dibangunkan semula oleh Bruce Joyce.

• Perolehan atau Penyelidikan Saintifik (inkuiri), dibangunkan oleh Joseph Schwab dan lain-lain

 • Latihan Perolehan (inkuiri), dibangunkan oleh Richard Suchman

 • Perkembangan Kognitif, dibangunkan oleh Jean Piaget, Irving Sigel, etc.

 • Pengelolaan Awal (Advance organizers), dibangunkan oleh David Ausubel dan lain-lain

 • Mnemonics, dibangunkan oleh Michael Pressley, Joel Levin, etc.

 

   iii) Model Inkuiri adalah penemuan tersusun. Salah satu kelebihan model ini ialah kandungan pelajaran dan proses siasatan diajar serentak. Langkah inkuiri ini adalah seperti yang dijalankan oleh model pemikiran reflektif oleh John Dewey’s. Langkah-langkah didalam model ini termasuklah:

  • mengenalpasti dan menjelaskan masalah

  • merumuskan hipotesis

  • memungut data

  • menganalisa dan menterjemahkan data untuk menguji hipotesis

  • membuat kesimpulan

 

Mengunakan proses inkuiri menyediakan atau membolehkan murid mempelajari dan melatih diri dengan kemahiran yang berkaitan dengan pemikiran kritikal. Diantara langkah-langkah yang melibatkan proses ini ialah:

          i) Merumus masalah

  • penemuan masalah dalam situasi sebenar dan kehendak atau  keperluan manusia

  • penemuan masalah hasilan dari lanjutan idea terkini

  • pembinaan model fenomena

  • menyatakan dan menentukan pembolehubah, kategori dan hubungan diantara kategori

  • menganalisa model secara kritikal dan menguji kesan lanjutan

 

(ii) Pemerhatian

  • memerhati fenomena dunia nyata

  • menjelaskan fenomena

 

(iii) Menyiasat

  • memilih kaedah sesuai untuk menyiasat : pemerhatian, temubual, kajian, ujikaji, kajian literatur, mencari data terkini atau sedia ada, analisis matematik dan sebagainya

  • memilih instrumen pengukuran dan konvensi

  • merekabentuk pensampelan dan prosedur kawalan

  • mengunakan prosedur pengukuran

  • mengumpul dan merekod data

 

(iv) Menganalisa

  • kembangkan dan huraikan data

  • analisa data

  • mengaitkan model kepada data sebenar

  • menterjemahkan hubungan diantara data

  • menyemak model berasaskan bukti terkini

  • menmbuat kesimpulan

 

(v) Komunikasi

  • menerang dan menjelaskan idea

  • merumuskan hasilan yang disokong data

  • menerbitkan

 

(vi) Mengambilkira

  • membuat refleksi

  • menyoal atau mendapatkan penyoalan baru

  • merumuskan penemuan baru berdasarkan kesimpulan

  • beberapa kaedah kepada penemuan boleh digunakan:

- penemuan terbimbing ini, guru menyediakan data dan murid akan disoal bagi membolehkan mereka  secara   induktif mendapat jawapan, kesimpulan, membuat generalisasi atau menghasilkan jawapan
-  penemuan terbuka pula membolehkan murid untuk mengambil dan menerima tanggungjawab untuk menguji data, bahan atau aktiviti; tugasan ini biasanya dijalankan secara individu
-  penemuan terbimbing dan terbuka boleh melibatkan perbincangan dan sesi soal-jawab, kawalan terbimbing, kaedah pembelajaran tersusun, projek atau projek kajian.

   iv)  Model Projek merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang membolehkan guru membimbing murid untuk mempelajari secara mendalam topik-topik yang dihasratkan. Model projek  tidak berstruktur.  Adalah kompleks tetapi rangka-kerja fleksibel dengan ciri-ciri yang menentukan interaksi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru melaksanakan model projek dengan jayanya, murid akan bermotivasi tinggi, berasa penglibatan yang aktif terhadap pembelajaran kendiri dan menghasilkan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

Projek didefinisikan sebagai penyiasatan atau kajian mendalam tentang sesuatu topik berharga sebenar yang  memerlukan perhatian dan usaha kanak-kanak. Kajian projek boleh dijalankan oleh sesuatu kelas atau kumpulan kecil murid. 

Projek boleh dijalankan bagi semua peringkat umur. Biasanya ia tidak mengambil semua aspek pembelajaran program, mereka akan bermain sambil mencari dan melibatkan diri dengan projek.

Tugasan projek bagi murid yang lebih matang alan seiring dengan arahan sistematik program.

Projek akan mengayakan persembahan drama murid, pembinaan, lukisan dan kerja seni yang berkaitan dengan aktiviti kehidupan diluar sekolah.

Tugasan projek menyediakan peluang kepada murid yang lebih matang menjalankan kajian awal dalam sains dan pengajian sosial dan mempersembahkan penemuan mereka dalam pelbagai cara. Kanak-kanak tentunya dalam pelbagai keadaan ketika menjalankan tugasan projek dapat mengunakan kemahiran dan pengetahuan matematik asas dan bahasa.

• Kriteria pemilihan topik projek. Bukan semua topik memberikan potensi pembelajaran bermakna. Cuba ambilkira tajuk-tajuk berikut (nampak macam serabut!):

Makanan, Hari Kekasih, Pokok, Kisah Pari-Pari, Konflik, Haiwan, Membeli-belah, Deria, Beruang, Dinosaur, Air, Jalan Raya. Topik-topik ini membolehkan kanak-kanak peluang mempelajari lebih banyak dari yang lain. Dengan kepelbagaian tajuk yang diajar disekolah  tentunya guru hendaklah memilih hanya yang terbaik.

  • Kriteria yang digunakan untuk mendiskriminasikan topik-topik pelajaran disekolah bergantung kepada bagaimana kanak-kanak mempelajarinya dengan baik, asas nilai sosial yang kita harapkan kanak-kanak pelajari, dan apa yang kita faham tentang peranan sekolah mendidik kanak-kanak. Beberapa kriteria yang perlu atau boleh guru tambahkan boleh direnungi dibawah dan ianya berbentuk soalan yang boleh ditanya tentang mempelajari sesuatu topik:

• Bagaimana mempelajari topik ini

o membina semula apa yang telah kanak-kanak tahu?

o membantu kanak-kanak menghayati dan menghargai alam dunia yang sedang mereka duduki?

o membantu kanak-kanak memahami antara satu sama lain?

o membolehkan kanak-kanak memahami nilai membaca dan mengira dalam kehidupan sebenar?

o menawarkan idea kepada kanak-kanak untuk mempersembahkan satu sketsa atau drama?

o mengalakkan kanak-kanak untuk mendapatkan sumber informasi diluar bilik darjah?

o memudahcara komunikasi dengan ibubapa?

        

 

Rujukan On-Line                                                                   

 

  1. Kalender Rujukan 

  2.  

    Other Reference :

     

    1. http://aacaanip.bravehost.com

    2. http://aacaanjip.bravehost.com

    3. http://aacaan.bravehost.com

     

 

 

Kembali/Home

Penafian/Disclaimer. Pengendali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan dan permasalahan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini
  Dibina asalnya pada Mei 25 2006 dan dikemaskini terakhir pada   25 November 2010oleh Pengendali@ 2006