|
APA DIA PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK DAN
STRATEGI PENGAJARAN?
·
Pendekatan
– jalan yang diambil
·
Kaedah
– cara teratur, kemas dan sistematik
·
Teknik
- kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan
cerita (
Connell (1981) menjelaskan bahawa proses mengajar belajar merupakan satu
interaksi dinamik antara guru dan murid, malahan guru dan murid masing-masing
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Malah, keberkesanan pengajaran
Malah Nabi Muhammad SAW sendiri
telah menggunakan pelbagai teknik antaranya teknik tunjukcara/demonstrasi
untuk mengajar ibadah solat kepada para sahabat baginda sepertimana yang
tersebut dalam hadis yang bermaksud: “Sembahyanglah kamu semua seperti mana kamu
melihat aku sembahyang”. Kemudian Rasulullah SAW mendirikan solat di hadapan
mereka agar mereka dapat melihat, memerhati dan kemudian meniru perbuatan
baginda (Ariffin, 1991). Sebagai seorang pendidik, maka sudah tentulah guru
Pendidikan Islam boleh menggunakan teknik yang telah dianjurkan oleh
Saedah Hj. Siraj et al., (1993), menyatakan bahawa guru bukan sahaja berperanan sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bahkan juga berfungsi sebagai pengembang dan pengukuh kemahiran para pelajarnya.
Selain daripada menguasai ilmu yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran, para guru juga perlu menguasai pedagogi kerana dapat mendedahkan mereka kepada cara membuat perancangan yang berkesan yang merangkumi aspek persediaan pengajaran, penyampaian pengajaran, strategi pengajaran, penilaian pengajaran dan hubungan guru dengan murid.
APAKAH PERBEZAAN
ANTARA STRATEGI, KAEDAH, PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN? PENDEKATAN = APPROACH (pp.
58)
TEKNIK = TECHNIQUE (pp. 1257)
(Sumber: CHAMBERS ENCYCLOPEDIC ENGLISH DICTIONARY)
Al-Qardawi (1980), seorang tokoh pemikir Islam kontemporari, menyatakan bahawa aspek amali dan penghayatan merupakan antara asas utama dalam pendidikan Islam. Menurut beliau, pendidikan atau pembelajaran yang dilakukan melalui latihan dan aplikasi secara langsung mempunyai hubungan atau memberi kesan yang baik kepada pelajar dan seterusnya dapat memantapkan lagi ilmu dan kemahiran yang dipelajari.
Untuk mencapai Objektif dan Hasil
Pembelajaran perlulah seseorang pendidik menggunakan pendekatan, kaedah,
teknik,
Definisi Strategi
Sesuatu strategi perlu merangkumi perkara berikut:
Al-Quran telah memulakan penggunaan iqra’ (baca) dan qalam (tulisan) sebagai satu strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai strategi pembelajaran lain seperti kitabah, ziadah al-’ilm dan amalan solihan dalam kursus Pengajian Islam diambil daripada al-Quran yang secara khususnya membawa maksud; segala usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat dan maksud pengajaran yang dirancangkan.
Definisi Pendekatan Cara kita mendekati sesuatu / cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan objektifnya. Cara kita mendekati pelajar perlu berlandaskan model pengajaran, prinsip dan teori-teori pembelajaran, contohnya:
* Umum kepada spesifik / sebaliknya
Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran?
1.
Strategi
Pemusatan Guru
2.
Strategi
Pemusatan Murid
3.
Strategi
Pemusatan Bahan Pelajaran APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU?
·
Guru
memainkan peranan penting
·
Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.
·
Kepimpinan
guru secara autokratik
·
Pencapaian
objektif guru diutamakan
·
Penyebaran
ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan
emosi.
·
Penyampaian
fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.
·
Interaksi
di antara murid adalah pasif.
·
Kaedah
keseluruhan kelas.
·
Murid-murid
kurang kreatif/ tidak berinitiatif.
·
Kaedah
& Teknik – penerangan, demonstrasi, syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita,
keseluruhan kelas.
APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID?
·
Murid
memainkan peranan penting
·
Komunikasi
dua hala. Guru menyoal/membimbing.
·
Kepimpinan
guru secara demokratik. Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,
·
Objektif
pencapaian murid diutamakan
·
Perkembangan
murid secara menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)
·
Ujian
formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.
·
Penyampaian
guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,
·
Peluang
interaksi di antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur,
tolong-menolong)
·
Kaedah
kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,
·
Murid-murid
bersifat kreatif/ berinitiatif.
·
Kaedah
& Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan,
penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb. APAKAH CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN?
·
Bahan
pelajaran memainkan peranan penting.Pergantungan kepada bahan untuk mencapai
objektif pengajaran.
·
Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau
murid/bahan pembelajaran
·
Kecekapan/kemahiran
penggunaan bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan
·
Penekanan
kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman
dan berdikari.
·
Pengajaran
bermakna, menarik dan berkesan.
·
Peluang
interaksi antara muid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui
kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.
·
Pengetahuan
abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran
·
Kaedah
& Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus,
perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen,
projektor, dsb.
APAKAH PENDEKATAN
DAN STRATEGI KESEPADUAN?
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF?
Induktif (istiqra’): Dari khusus kepada umum ( dari fakta kepada kesimpulan / rumusan) Guru memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus tetapi mengandungi prinsip yang sama.Berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan, pelajar-pelajar dibimbing memikir, mengkaji, mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulan yang berkenaan.
APAKAH PENDEKATAN
DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF? Deduktif(istinbat) : Dari umum
kepada khusus ( contoh-contoh kepada fakta). Guru memberitahu pelajar objektif
pelajaran pada peringkat awal. Pelajar dibimbing mengingat kembali hukum,
prinsip, teori atau peraturan yang berkaitan
APAKAH PENDEKATAN
DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF/eklektik? Pendekatan Eklektik: Menggabungkan kedua-dua pendekatan awal yang lalu (induktif & deduktif). Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar pada waktu itu.
o
Elektif bererti pemilihan, eklektik
bermakna bercampur
o
Gabungan pendekatan digunakan
o
Menggabungkan pendekatan induktif dan
deduktif
o
Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan
matematik
o
Boleh gunakan strategi Pemusatan guru,
Pemusatan murid, Pusatan bahan o Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan
APAKAH PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK?
Pendekatan Tematik: Guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat umar pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang berkaitan dengan tema tersebut. Contohnya;
APAKAH PENDEKATAN
DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI (Mastery Learning)? Pembelajaran Masteri: Pendekatan
mengajar yang bertujuan memastikan pelajar betul-betul menguasai isi pelajaran
dengan baik sebelum beralih kepada peringkat yang lebih tinggi. Berlandaskan
kepercayaan bahawa semua pelajar
Sumber: |
Penafian/Disclaimer.
Pengendali
tidak bertanggungjawab
terhadap sebarang
kehilangan, kerosakan
dan permasalahan yang dialami
kerana menggunakan
maklumat dalam
laman ini