Kemahiran Komunikasi Guru

 

 

Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kearah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur, pengunaan bahasa badan, penulisan dan juga pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.

 

Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid, biasanya dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan.
Komunikasi Bukan Lisan

Wat a pesen nih ..?

 

Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi berkesan, secara berhemah dan berhikmah, nilai murni yang hendak ditanam dalam murid melalui laluan mudah dan berkesan.

 

Guru perlu memahami murid dan murid akan memahami guru; bermaksud guru perlu mengunakan kecekapan kemahiran berkomunikasi untuk mempengaruhi muridnya mengekal tahap motivasi dalam pembelajaran. Interaksi dalam bilik darjah melibatkan individu dan individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar.

 

 

1. Komunikasi Lisan dan Bukan Lisan

 

Dalam mengembangkan kemahiran komunikasi secara lisan, guru hendaklah :

 

-          Mampu mengembangkan kemahiran berkomunikasi

-          Lebih kreatif dalam membentuk hubungan dinamik

-          Menyelesaikan konflik

-          Memberi peluang murid melahirkan pandangan

-          Menyampai maklumat dengan lebih berkesan

-          Mendapat maklumbalas yang benar

 

Guru yang mengunakan kemahiran berkomunikasi dapat :

 

-          Menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran

-          Meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran

-          Meningkatkan mutu pengajaran

 

 

Masalah Menjejaskan Komunikasi :

 

Kekeliruan, salahtafsir, bahasa kasar, suara tidak jelas, bahasa badan yang tidak sesuai, memberi tekanan emosi pada murid, komunikasi tertutup, tidak memberi perhatian pada pengajaran dan pembelajaran

 

Kehebatan Guru Bergantung :

 

Kejelasan suara, gaya pengajaran yang menarik, fleksibiliti, inovatif, kreatif, penglibatan murid, pengurusan masa

  

Kepakaran Guru

Pakar .. ?
Guru harus meransang minat, memenuhi keperluan diri murid, mahir dalam pendekatan sosial dan psikologi, memberi sokongan dan dorongan; mengembangkan potensi, kebolehan dan minat, mengembangkan bakat dan keyakinan diri murid.

 

Kepakaran Guru di ukur dari aspek ;

 

Inisiatif, dedikasi, perancangan, kerjasama , kepimpinan, kepakaran, intergriti yang tekal dalam organisasi yang dapat mewujudkan keharmonian, menunjukkan kesetiaan dan sokongan bagi menjayakan wawasan, keaktifan dan pengurusan masa.

 

Pembelajaran murid terhasil melalui proses :

 

Pendengaran, pemerhatian, peniruan, membuat, eksplorasi iaitu pembelajaran yang aktif yang merangsangkan minat murid, melalui latihan, percubaan, penglibatan dalam aktiviti pembelajaran yang kesemuannya memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan.

 

“Interaksi adalah tindak balas peristiwa yang memerlukan sekurang-kurangnya dua objek dan dua aksi. (Wagner, 1994)."

 

Interaksi berlaku apabila objek dan peristiwa saling mempengaruhi satu sama lain. Tindak balas ini akan menyebabkan proses komunikasi lisan berlaku, jesteru hubungan antara guru dan murid akan wujud.

 

 

 

  

Kajian Flanders mendapati “wujud hubungan sehala antara guru dan murid melalui komunikasi lisan seperti bersyarah, penerangan, arahan dan kritikan”. Apabila wujud hubungan dua hala, guru akan mudah menerima perasaan murid dengan memberi pujian dan dorongan.

 

Kajian Verderber & Verderber (2002) mendapati komunikasi sebagai “proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan informal, interaksi dalam kumpulan atau syarahan”. Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesantunan dalam komunikasi.

 

 

 

 

 

Rumusan Wilbur Schramm ~ Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1954)

 

 

Brown and Levinson (1978),  menyatakan bahawa “strategi kesantunan dikembang untuk menjaga martabat pendengar dan pihak yang terlibat.” Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah seperti berterus terang, kesantunan positif, kesantunan negatif dan berlaku tanpa rekod.

 

Ned A.Flanders, menyatakan bahawa komunikasi lisan melibatkan interaksi antara guru-murid. Kesenyapan merupakan sebahagian dari komunikasi tetapi dalam bentuk bukan lisan.

 

Bagi Sim, komunikasi lisan boleh melibatkan interaksi sosial dan dinamika kumpulan. Interaksi dengan mengunakan komputer dikelasifikasikan sebagai komunikasi lisan.

 

Kelebihan komunikasi berbentuk lisan adalah :

 

-          cara mendapatkan maklumat dan penerimaan mesej dari penutur

-          cara menyampaikan maklumat dan mengetuai idea baru

-          cara memberi panduan tentang sesuatu keadaan dan situasi di dalam kelas dengan jelas

-          cara meningkatkan dorongan dan motivasi murid

 

Kelebihan komunikasi memerlukan penggunaan teknik yang efektif; perlu mengingatkan murid untuk memberi perhatian kepada idea dan
Cakap pejam mata boleh ka?

Wat a pesen nih ..?
perasaan rakan, bersifat terbuka dan mendengar apa yang diperkatakan; dan guru perlu menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat terhadap idea yang dikemukakan.

 

Komunikasi lisan bergantung kepada kelajuan bercakap seorang guru; jika laju penerimaan mesej akan terjejas; ketinggian suara perlu disesuai dengan persekitaran dan bilangan audien; pengaruh bahasa juga mempengaruhi kefahaman murid.

 

Komunikasi lisan membolehkan guru dan murid memahami dan dapat merasai perasaan pengalaman rakan yang bertutur sekali pun berlainan budaya dan latar belakang. Guru perlu mengelak dari membebel, menilai dan menghukum. Semua pihak perlu bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama.

 

Kefahaman terhadap mesej yang dituturkan juga berbeza dimana proses fahaman boleh berlaku secara spontan. Kita harus berhati-hati dengan masej samada yang nyata tersirat atau tidak tersirat.

 

 

 

 

Komunikasi lisan hendaklah diserta dengan komunikasi bukan lisan seperti renungan mata, pergerakan tangan, ukiran senyuman, ekspresi muka, pergerakan kecil tubuh badan yang membantu memberi makna yang lebih jelas.

 

McCardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk ‘gestalt’ keseluruhan pada komunikasi. Dikatakan guru boleh mengawal kelas tanpa lisan dengan ‘eye contact’ atau melihat dengan penuh tumpuan kepada seseorang individu. Tubuh badan harus menghadap murid supaya mereka sedar merekalah tumpuan.

 

Guru perlu mengelakkan beberapa gangguan supaya mesej dapat diterima dengan jelas. Dua jenis gangguan yang dikategorikan adalah gangguan dalaman dan gangguan luaran.

 

Gangguan luaran adalah yang datangnya dari suasana persekitaran yang terlalu bising atau senyap; atau laras bahasa yang sukar difahami dan suasana didalam bilik darjah itu sendiri.

 

Gangguan dalaman terdiri dari unsur ‘bias’ dalam persepsi, pengalaman lalu dan perbezaan budaya. Mesej yang tidak disukai akibat rasa kecewa serta salah faham turut menjadi gangguan dalam komunikasi. Faktor lain adalah sumber yang tidak boleh dipercayai, kesilapan mengalih bahasa, pemikiran penyampai dan penerima maklumat yang berbeza menjadi penghalang penerimaan mesej.

 

 

 

 

Nak berkempen ka?

Kena pilih tempat sesuai ..?
Berdasarkan ringkasan diatas, seseorang guru sangat perlu menguasai kemahiran komunikasi agar kawalan kelas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan yang akan memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

 

Komunikasi mempunyai tujuan, oleh itu guru harus memastikan tujuan dalam menyampaikan ilmu itu tercapai. Dua aspek dalam hubungan boleh dirunding semasa interaksi dan komunikasi sedang berlangsung.  Guru juga harus bijak memilih waktu dan tempat untuk berkomunikasi supaya mesej yang disampaikan lebih mudah, jelas dan menarik; murid pula akan mudah memahami dan berupaya memberi penjelasan terhadap mesej yang diterima.

 

Komunikasi  haruslah berterusan kerana orang akan membuat andaian daripada pergerakan dan tingkah laku kita. Komunikasi berkesan berupaya mempengaruhi minat murid untuk belajar dan mewujudkan hubungan yang baik dalam komuniti pembelajaran.

 

 

2.      Laras Bahasa

 

Laras bahasa adalah gaya dan pengunaan sesuatu bahasa, gaya bahasa merujuk kepada bahasa lisan dan penulisan. Laras bahasa mempunyai dua konsep iaitu pengguna dan penggunaan.

 

Pengguna adalah orang yang mengunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa digunakan dengan cara yang berbeza berdasarkan konteks dan situasi yang dihadapi.  Penggunaan bahasa merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

 

Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur dan berubah-rubah mengikut situasi. Ciri-ciri laras yang penting adalah perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Dengan memilih laras bahasa yang tidak sama untuk situasi berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi sosial yang berlainan wujud di sekitar mereka.

 

Laras bahasa juga bergantung kepada situasi luaran dengan maksud latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat yang mengamalkan bahasa tersebut diberi pertimbangan. Ianya merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup. Situasi persekitaran merujuk cara penyampaian, perhubungan sosial dan peribadi, bahan dan fungsi sosial.

 

Jenis Laras bahasa yang dimaksudkan adalah :

 

Laras bahasa biasa, laras bahasa akademik, laras bahasa satera/kreatif, laras bahasa agama, laras bahasa sukan, laras bahasa sains, laras bahasa rencana, laras bahasa iklan/perniagaan, laras bahasa media massa, laras bahasa undang-undang dan laras bahasa ekonomi.

 

Dikaitkan dengan kesesuaian dengan bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan.

Laras bahasa boleh ditakrifkan sebagai ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidangs esuatu wacana digunakan.

Contohnya, laras bahasa doa, khutbah dan upacara. 

Laras dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta dan tujuan.

Laras juga dipengaruhi oleh tatabahasa.

Conoth: Ayat aktif dan ayat pasif, ayat bias dan ayat songsang, dan panjang pendek ayat akanmenghasilkan laras yangberbeza.

Terdapat tokoh bahasa yang membahagikan laras kepada beberapa bahagian lagi.

Misalnya Halliday melihat laras daripada tiga dimensi, iitu tajuk wacana, cara penyampaian, dan gaya penyampaian.

 

Tiga Dimensi Laras (Halliday)

Tajuk wacana

merujuk kepada bidang yang diperkatakan seperti biologi, perubatan, sukan, pendidikan, matematik dan sebagainya.

Bidang-bidang ini menentukan kosa kata dan istilah serta jenis ayat dan ragam ayat yang digunakan.

Jika wacana merupaan wacana ilmiah, maka ragam ayat pasif banyak digunakan untuk memberikn fokus kepada perkara yang dibincangkan.

Sebaliknya, jika wacana merupakan ulasan selari perlawanan bola sepak , ragam ayat aktif dengan ayat tunggal yang pendek-pendek banyak digunakan supaya sesuai dengan tempo perlawanan bola sepak berkenaan.

 

Cara penyampaian

Sama ada wacana berkenaan disampaiakns ecara lisan atau tulisan.

Jika lisan, sama ada ia merupakan wacana syarahan atau ucapan, perbahasan dan khutbah atau doa?

JIka tulisan sama ada ia esei, laporan, surat rasmi atau surat peribadi, memorandum atau iklan?

Gaya penyampaian

mengimbangi sama ada suatu ucapan berkenaan disampaikan dalam situasi formal atau tak formal.

Misalnya, ucapan, adakah ucapan itu disampaikan dalam majlis yang formal yang dihadiri oleh orang-orang kenamaan atau dif-dif?

 

Jenis dan Ciri Laras Bahasa

 

Laras bahasa dapat digolongkan kepada dua golongan besar, iaitu laras biasa dan laras khusus.

Laras biasa ialah laras khusus yang digunakan untuk masyarakat umum seeprti bidang hiburan (laporan suskan, berita sukan), pengetahuan dan peneranagn (syarahan, rencana), maklumat dan pemujukan (rencana, iklam).

Laras khusus pula merujuk kepada kegunaan untuk khalayak khusus seperti ahli-ahli atau peminat dalam bidang tertentu dan pelajar-pelajar (rencana, laporan, buku).

 

Pembeza utama yang membezakan antara laras biasa dengan laras khsus ialah:

 

 kosa kata

 tatabahasa

 gaya

 

Laras Bahasa  Biasa

 

Tidak melibatkan bidang tertentu, mudah difahami, tiada istilah teknikal, kurang kata pinjaman.)

Laras biasa ialah laras bahasa yang yang digunakan unuk khalayak umum tentang pelbagai bidang seperti bidang hiburan (laporan sukan, berita sukan), pengetahuan dan penerangan (syarahan, rencana) dan maklumat dan pemujukan (rencana, iklan).

Gayat ayat sederahana, ringkas dan padat.

Struktur ayat mudah, contohnya: Di larang memijak rumput.

Laras bahasa biasa terbahagi kepada formal dan tak formal.

 

Laras Bahasa Biasa

Formal/Rasmi

Tak Formal

Digunakan dalam majlis rasmi, surat kiriman dan sebagainya.

Berlaku proses pengguguran dalam ayat-ayat yang diucapkan sama ada pengguguran subjek, predikat, objek.

.

Laras Bahasa Perniagaan

 

Mempengaruhi penguna untuk membentuk tanggapan tertentu atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.

Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dansebagainya.

Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:

 

(a) Slogan: Kami Ada Cara

(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa

(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y

(D) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap

(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu

(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.

(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama

(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai

(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.

 

Laras Bahasa Akademik

 

Meliputi pelbagai bidang seperti sains, teknologi, komunikasi, matematik dan sebagainya yang terletak dalam ruang lingkup pendidikan.

Bersifat teknikal.

Dalam penulisan ilmiah, misalnya penulisan thesis, penulis perlu mengikut fornmati tertentu seperti perlu ada cattan bibiliografi (rujukan), nota kaki di bawah muka surat atau nota hujungan di penghujung setiap bab.

Menggunaka istilah-istilah yang khusus kepada bidang, dan biasanya perlu dihafal. Contohnya ialah fotosintesis, pecutan, mengawan, pendebungaan dan sebagainya.

 

Laras Bahasa Undang-Undang

 

Tiada gambar, graf, metafora, simili, peribahasa, kiasan dan sebagainya. mempunyai istilah sendiri seperti Argumantum ad baculum, habeas corpus dan sebagainya.

 

 Laras Bahasa Media

 

Berita sebagai satu wacana mempunyai struktur teks yang tersendiri, lain daripada struktur teks cereka, dan lain pula daripada struktur teks esei dan karya ilmiah.

Wartawan atau pengarang akhbar menggunakan bahasa untuk menjelaskan sesuatu menurut cara yang paling mudah diterima sesuai dengan selera sebilangan besar pembaca akhbar.

Tiga ciri penting yang harus ada dalam berita akhbar yang baik ialah, pertama, bahasa yang digunakan mudah. Kedua, gaya tulisan yang jelas dan ketiga, isi tulisan mestilah tepat. Oleh sebab akhbar diterbitkan untuk orang ramai, maka bahasa akhbar haruslah sesuai dengan bahasa kegunaan orang ramai.

Ayat yang panjang, mengandungi beberapa klausa, menggunakan petikan, metafora, kiasan, istilah teknik, dan sebagainya haruslah dielakkan.

 

Laras Bahasa Sastera

 

Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.

Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik dan puitis.

Beberapa ciri bahasa sastera:

 

a kreatif dan imaginatif: kabur mesej

b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata

c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasadan sebagainya.

d. menggunakan bahas tersirat: perlambangan, kisan, perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personalifikasi, ilusi, ambiguiti dan sebagainya.

e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.

 

Laras Bahasa Agama

 

Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab

Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur bahasa Arab

Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan hadis.

 

Kesimpulan:

 

 Golongan laras

Bidang

Situasi

Contoh Bahan

Biasa

Hiburan

Pengetahuan

Maklumat

Upacara/.Majlis

Khalayak Umum

Berita, laporan. iklan, surat peribadi

Ucapan syarahan

Acara majlis umum

Doa, khutbah

Khusus

Doa-khutbah

Teknikal

Ilmiah

Khalayak Umum

Acara majlis rasmi

Rencana, ekonomi, undang-undang, fizik, kimia, dan lain-lain.

Tesis, rencana matematik, Biologi, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan sebagainya.

 

 

  

Sumber :

 

  1. Laras Bahasa Dalam STPM  di layari dari http://www.tutor.com.my/stpm/laras_bahasa.htm
  2. Bahasa dalam Penulisan Ilmiah dilayari dari http://jomjejak2008topik.blogspot.com/2008/09/blog-5.html
  3. Laras Bahasa Moden

 

 

 

 

Kembali

 

 

 

 Dibina pada Mac 10, 2010 oleh dan dikemaskini pada 07-Aug-2012 oleh Pengendali@2006