Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya 

 

 

 

Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan global.

 

Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik.

 

Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.

 

 

5. Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

 

Pengurusan fizikal bilik darjah bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif organisasi atau kumpulan dalam sesuatu gerakerja.  Proses yang dimaksudkan adalah merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru.

 

Sumber: http://visual.merriam-webster.com/society/education/school/classroom.php

 

Pengurusan bilik darjah yang dinamik adalah untuk pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ianya memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi.

 

5.1 Pengurusan Persekitaran Fizikal

 

Guru harus memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi.

 

Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul.

 

Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

 

 

Peralatan asas bagi sesebuah bilik darjah adalah papan tulis, papan kenyataan, ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, bahan bacaan, bahan bantuan mengajar serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan.

 

Susunan kerusi dan meja boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara secukupnya.

 

Papan kenyataan yang dilengkapi jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut matapelajaran, sudut bacaan, kata-kata motivasi, pengunaan laman web, komputer dan CD serta LCD.

 

Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif bermakna guru berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti yang melambangkan sebahagian daripada keimanan.

 

Fasilitator

Tak senyum langsung ..?
Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator dan suasan pembelajaran yang berkondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, inovatif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.

 

Peraturan keselamatan dan amalan bilik darjah juga membantu mengawal dan mencorakkan tingkahlaku dan disiplin murid. Pelanggaran peraturan akan dibantu dengan memberi nasihat, amaran dan tindakan. Tindakan yang diambil hendaklah berbentuk mendidik dan bukannya menghukum.

 

Ruang dan pergerakan harus diurus lebih fleksibel. Kebersihan dan keindahan bilik darjah merupakan elemen meningkat nilai murni dalam diri seperti rasa bertanggungjawab, perasaan kekitaan dan berbangga dengan kelas sendiri.

 

 

5.2 Pengurusan Persekitaran Sosio-Emosi

 

Pengurusan sosio-emosi yang berkesan akan menjadi perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang murid kearah mencapai matlamat termasuk minat, sikap dan tingkah laku terhadap pembelajaran mereka.

 

Woolfolk

(1990) berkata motivasi atau kuasa dalaman akan membangkitkan, mengarah dan mengawal minat dan tingkah laku murid. Emosi murid harus diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan aktiviti dalam pembelajaran.

 

Guru boleh memberikan pujian dan galakkan kepada murid untuk terus terlibat dalam aktiviti-aktiviti di bilik darjah. Penghargaan yang sesuai dengan penglibatan; ganjaran dalam bentuk hadiah atau token ekonomi boleh diberikan kepada murid.

 

Peneguhan positif penting untuk menambah kebarangkalian gerak balas  daripada murid. Peneguhan negatif yang diberi boleh membawa kesan yang tidak menyeronokkan.

 

Guru harus mengurus emosi murid dengan berkesan supaya mereka dapat menerima hakikat terhadap kekuatan dan kelemahan mereka. Murid perlu belajar menerima diri, orang lain dan semulajadi sekara seadanya.

 

Mereka yang stabil emosi akan mempunyai minat yang mendalam, di senangi kawan, menerima demokrasi sekara terbuka, suka berjenaka dan paling utama mampu menanggung konflik yang berlaku.

 

Emosi murid harus di urus dengan penuh bijaksana supaya mereka tidak berada dalam kebimbingan. Emosi harus di urus dengan berkesan untuk membangkit naluri ingin tahu dan mengelak dari mereka berputus asa.

 

Emosi harus di urus dengan cara hubungan positif; guru harus mengamalkan kepimpinan demokrasi dengan tidak terlalu mengongkong murid; perlu mengambil berat keperluan fisiologi dan akademik murid dengan pengajaran mengunakan pendekatan asertif dan berpusatkan murid.

 

Hubungan positif sesama rakan kelas perlulah dibina; mereka harus diberi peluang bersosial dan mengutamakan semangat kerjasama dan memahami emosi rakan.

 

Murid boleh mengunakan bahan mainan bagi menjelaskan perasaan dan menyelesaikan masalah sosio-emosi. Nilai-nilai murni, keyakinan, inisiatif pergaulan diri dan inisiatif pergaulan serta persefahaman perlu dikembangkan bagi mengalakkan menghasilkan keputusan yang bertanggungjawab dan berkesan.

 

 

5.3 Perhubungan Antara Kelompok Etnik

 

Linton (1945) menyatakan kebudayaan adalah segala yang dipelajari dan di ulangi dalam sesebuah masyarakat iaitu warisan sosial ahli-ahli masyarakat.  Mesra bermaksud suatu hubungan erat yang terjalin antara individu di dalam sesuatu masyarakat.

 

Mesra budaya ini merupakan suatu budaya yang dipersetujui oleh semua ahli dalam suatu komuniti dan mereka mengiktiraf budaya itu sebagai suatu amalan yang murni.

 

Generasi muda wajar membaca dan memahami serta menghayati ‘roh’ perlembagaan negara dan kontrak sosial yang diamalkan dinegara ini.

 

Golongan muda disarankan memahami Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak setiap rakyat Malaysia, sekali gus meneruskan kejayaan pembinaan negara dan menjaga perhubungan etnik.

 

Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan pelajar tahun satu mengikuti kursus Hubungan Etnik sejak Oktober 2004. Modul Hubungan Etnik ialah unsur tradisi Perlembagaan Malaysia iaitu bahasa  kebangsaan, agama persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak. Muka surat nota hilang woooo …

 

Orientasi sosial  di dalam bilik darjah menentukan apa yang patut diamalkan dan apaka perkara yang tidak sepatutnya di lakukan di dalam bilik darjah; ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian dan pergaulan.

 

Tajuk pembelajaran berkaitan kepelbagaian budaya masyarakat harus dipilih dan setiap murid perlu diberi peluang untuk berorientasi dan berbincang tentang perayaan masing-masing. Penerapan budaya dan nilai murni dari etnik yang berlainan dapat di serapkan di dalam objektif pembelajaran.

 

Guru harus adil, tidak bersikap pilih kasih, berat sebelah dan sentiasa peka terhadap budaya murid tanpa mengira latar belakang mereka; dan guru tidak boleh merendahkan dan memburukkan walau apa pun etnik mereka.

 

Aktiviti dan program yang dirancangkan tidak harus menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguriskan perasaan mana-mana pihak. Guru hendkalah menerapkan nilai murni, kepentingan perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasma dalam mengekal keamanan dan kesejahteraan tanpa mengira etnik atau warna.

 

 

5.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

 

 

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek terpenting yang perlu diberi perhatian serius agar pembaziran waktu tidak akan berlaku. Pelan tindakan strategik bagi mata pelajaran yang diajar perlu disediakan dan aspek kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan hendaklah disertai dengan perancangan lima tahun dan perancangan untuk tahun semasa selaras dengan perancangan strategik sekolah.

 

Peningkatan profesionalisme guru di lihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran, kebolehan menyusun organisasi pembelajaran, kebolehan mencorak iklim dalam kelas dan mencorak perkembangan murid.

 

Guru berperanan sebagai pendidik, pemudahcara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong kearah
Pendorong

Wat a pesen nih ..?
kecemerlangan murid.

 

Guru perlu bijaksana dan teliti dalam perancangan, pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan rekfleksi.

 

Guru juga perlu merancang kurikulum, sukatan, huraian sukatan, buku teks, rujukan tambahan dan maklumat tambahan termasuk laman web.

 

Inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran agar tidak beku dan kaku perlu diberi perhatian. Penyediaan perancangan kemajuan murid, merangka kerja tahunan, menyediakan ujian, penilaian dan pentaksiran.

 

Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya.

 

Pembelajaran yang bermakna melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan, menganalisis, kognitif,  bagi mengembangkan minda murid dan diperluas kepada kemahiran komunikasi, penyesuaian diri, kemahiran bersosial dan perkembangan tingkahlaku.

 

Prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalkan rasa kejayaan, meluaskan tahap intelektuan, kerohanian, kekuatan emosi, keteguhan jasmani, merangsang minat dan menghasilkan keseronokkan, memberi ruang dan peluang untuk mengatasi kelemahan, tidak menakut dan mengugut murid, tidak membiarkan kegagalan berterusan, pembelajaran yang realistik dan boleh dilakukan mengambil kira kemampuan murid.

 

Pembelajaran perlulah selaras objektif  iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid dan mampu mencabar kebolehan murid bagi mengembangkan potensi mereka. Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh murid pelbagai budaya dan latar belakang.

 

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjayakan proses penyampaian ilmu pengetahuan,kemahiran,nilai dan sikap yang membawa kepada perubahan kepada tingkahlaku murid.

 

Teknik dan kaedah mestilah sesuai dengan kumpulan sasaran; isi dan aktiviti  perlulah melibatkan interaksi murid pelbagai budaya.  

 

Pengesanan dan penilaian perlu dijalankan untuk memastikan penambahbaikan dijalankan dalam pengaajaran berikutnya. Bagi peringkat pelaksanaan, penyampaian pengajaran berdasarkan objektif  yang dirancang perlulah dipatuhi, motivasi yang bersesuaian supaya mereka memahami perbezaan diantara mereka perlu dititikberatkan. Aplikasi sumber yang hendak digunakan mestilah selaras dengan kaedah dan teknik yang di pilih.

 

Semasa kelas dijalankan,adalah digalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang aktif  dikalangan murid hendaklah dijalankan. Guru perlu menjadi role model kepada pelajar. 

 

Guru harus menjadi pengerak kepada pembelajaran berpusatkan murid. Perbezaan budaya harus menjadi  pencetus minda dan motivasi kearah pembelajaran aktif, interaktif   dan konstruktif. Guru boleh membantu menyediakan bahan berasaskan teknologi, eletronik, bukan elektronik atau sumber  lain.

 

Murid terlibat dengan berkongsi pengalaman berasaskan tugas dan kejadian sebenar. Tugasan boleh dijalankan secara koloborasi dan koperatif.

 

Pelaksanaan aktiviti dapat dilaksanakan dengan mengawal  masa  dan menyusun aktiviti sekara berkesan. Proses ‘brain breaks’  atau ruang merihatkan minda juga  perlu diberikan.

 

Pengurusan pengajaran pembelajaran perlu dirancang supaya murid saling bergantung antara satu sama lain sekara positif, saling berinteraksi sekara bersemuka dan memupuk semangat tanggungjawab individu  kearah pemprosesan berpasukan. Ini membolehkan murid menjadi lebih berani,  yakin dan berwibawa dan melahirkan murid yang lebih rasional, beretika, hormat-menghormati, bantu membantu  diantara satu sama lain.

 

Pengunaan instrumen  yang ditetapkan oleh bahagian yang bertanggungjawab hendaklah digunakan yang termasuklah fokus dan hasil pembelajaran, isi kandungan mata pelajaran, set induksi, perkembangan pengajaran dan pembelajaran, penilaian, rumusan,  tugasan dan refleksi.

 

Set induksi merupakan suatu proses yang diperkenalkan pada minit pertama pengajaran dengan tujuan menarik perhatian dan mendorong murid mempengaruhi hasil pembelajaran.

 

Set induksi yang menarik dapat menarik minat mengenai tajuk yang ingin disampaikan dan memberi gambaran awal sebelum memulakan tajuk yang sebenar, mendorong murid untuk mengetahui isi pengajaran dan pemusatan mental murid kepada suatu konsep atau pendekatan.

 

Set induksi boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan kaedah yang menarik seperti tayangan seduutan filem, nasyid, pantun, puisi, persembahan atau lakonan, permainan, soal jawab, mempamer suatu bentuk atau objek,  pernyataan kontrovesial, klip video suatu panorama, satu persoalan yang mencabar minda murid.

 

Set induksi hendaklah disediakan tentang apa yang dapat dikaitkan dengan hasil pembelajaran, isi pelajaran,  mendorong minat murid terhadap tajuk dan dimulakan dalam keadaan murid sudah bersedia serta dalam jangkamasa satu hingga lima  minit.

 

Perkembangan isi pelajaran berlaku sekara berurutan dengan set induksi dan berlaku dalam tiga aras ;

 

i)                   aras pertama adalah aras asas dan semua  murid yang hendak di ajar hendaklah menguasai aras ini atau dikehendaki mengikuti program pemulihan seperti menyediakan soalan yang mudah, memahami nota ringkas guru

ii)                 aras kedua adalah meneruskan perkembangan selanjutnya, guru membuat penilaian dan yang gagal dikehendaki mengikuti program pemulihan dengan pendekatan yang lebih sesuai

iii)               aras ketiga adalah aras sehingga selesai dan di ikuti penilaian yang terakhir di hujung pengajaran dan pembelajaran

 

Perkembangan isi pelajaran bermula dari yang mudah kepada yang lebih kompleks; disusun mengunakan kaedah dan teknik  pengajaran yang sesuai dengan kemampuan serta menarik minat murid untuk menghayati ilmu yang diterokai.

 

Aktiviti hendaklah dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan dimana semua pelaksanaan dapat dinyatakan, difahami sementara sebahagian murid dapat menganalisa,  membandingbeza dan dapat membuat penilaian.

 

Penyerapan dengan mata pelajaran lain termasuk prinsip  Islam Hadhari, penggabung jalinan dengan tajuk-tajuk lain serta penerapan nilai harus diuruskan dengan bijaksana.

 

Pengajar perlu mengunakan pelbagai kaedah, teknik bagi meningkat penguasaan ilmu disamping menjana kemahiran berfikir, berkomunikasi, berinteraksi, menulis, berhujah, berimiginasi dan sebagainya bagi membentuk kemenjadian murid.

 

Kemahiran mengunakan sumber yang sedia ada seperti alat bantuan mengajar, bahan bantuan mengajar, kemudahan teknologi maklumat dan telekomunikasi, bahan rujukan dan maklumat tambahan dan sebagainya menjadi inspirasi guru untuk  memudah dan mempercepatkan proses pengajaran  dan pembelajaran.

 

Sumber pengajaran dan pembelajaran hendaklah relevan dengan hasil pembelajaran serta isi pembelajaran dimana sumber dapat mempercepatkan dan menjimat masa pembelajaran,  menarik  minat   murid dan  boleh disertai oleh semua murid. Maklumat dari sumber berkenaan adalah tepat, pengolahan yang mudah difahami,  senang digunakan dan boleh diubah  dan sesuai dengan keadaan semasa.

 

Apabila seluruh potensi insan dibangunkan sekara integrasi atau bersepadu, bakal melahirkan insan  yang  berketrampilan  yang mampu menyumbang segala kebolehan untuk kebaikan diri,  masyarakat dan negara.

 

Inikah hati yang di maksudkan ?

 

Hati adalah penentu dalam pembangunan insan kerana hati menjadi punca penggerak dan keinginan manusia dan dari hati juga lahirnya pertimbangan dan nilai sesuatu amalan. Hati perlu menjalani proses pendidikan supaya lahirnya hati yang bersih,  baik dan  bermanafaat.

 

 

5.5 Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian

 

Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid.

 

"Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari segi etimologinya, perkataan Pedagogi datangnya daripada bahasa Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan “paida” merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi (mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna."

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

 

Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid.

 

Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara  hidup  yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses  sosialisasi mendidik kanak-kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa  prejudis.

 

Konsep modal budaya merujuk kepada individu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.

 

Pierre  Bourdieu (1930) dalam kajiannya  menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibubapanya dan tahap  pendidikan ibubapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya  mereka dalam masyarakat.

 

 

 

Diantara teknik  dan kaedah yang boleh di gunakan adalah ;

 

Kaedah Direktif

i)                   belajar melalui penerangan dan di  ikuti oleh ujian kefahaman dan latihan

ii)                 fokus kepada kemahiran asas, latih tubi dan latihan kecekapan

iii)               guru sebagai model

 

Kaedah Mediatif

i)                   mengunakan bahan media

ii)                 diajar mengaplikasikan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan, mengenalpasti andaian dan menilai andaian

 

Kaedah Generatif

i)                   mengalakan menjana idea kritis dan kreatif

ii)                 murid dijangka dapat membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang relevan

 

Kaedah Kontekstual

i)                   boleh diaplikasikan dalam amalan pedagogi supaya budaya yang relevan dengan murid dapat diterima

ii)                 dapat mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi sebenar

iii)               boleh dikaitkan dengan pembelajaran ‘eksperential’ iaitu pengalaman hidup sebenar

 

Kaedah Metakognitif

i)                   memberi peluang untuk memikir tentang proses pembelajaran, rancangan pembelajaran, pemantauan dan penilaian kendiri

ii)                 murid akan berbincang tugasan dan dapat mempraktikkan strategi semasa latihan praktikal

 

Kaedah Konteks Luar

i)                   memerlukan aktiviti dijalankan dan dilakukan diluar bilik darjah

ii)                 guru bertindak  sebagai fasilitator

iii)               murid akan menjalankan aktiviti penyelesaian dan akan melaporkan sekara bertulis selepas aktiviti

 

Kajian Masa Depan

i)                   membolehkan murid mengambil  bahagian mencipta penciptaan masa depan

ii)                 membantu murid berfikiran jauh

 

Kaedah Koperatif

i)                   murid dapat berbincang sekara kumpulan dan harmonis

ii)                 dapat belajar bekerjasama dan berinteraksi di antara murid

iii)               akan menjadi menarik kerana penglibatan aktif

iv)               melatih meningkatkan akauntabiliti diri dan bertanggungjawab sesama ahli

v)                 kemahiran dan interaksi sosial dapat dipupuk

 

Pembelajaran Koloboratif

i)                   dapat bekerjasama erat diantara dua pihak atau lebih

ii)                 berusaha bersama mencapai matlamat pembelajaran

iii)               melibatkan kumpulan murid berusaha mencapai prestasi cemerlang

iv)               keberkesanan pembelajaran dapat di  tingkatkan

 

 

 

5.6 Pedagogi Kelas Bercantum

 

Di wujudkan apabila  bilangan murid dalam satu tahun persekolahan adalah kurang dari 15 orang. Sesebuah kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum jika bilangan murid tidak mencukupi.

 

Kelas bercantum juga wujud dalam sesebuah sekolah yang bilangan muridnya kurang dari 145 orang.  Bilangan guru besar dan guru pula tidak melebihi 5 orang.

 

Guru akan mengajar lebih dari satu tahun persekolahan sekara serentak dalam kelas bercantum. Bangunan sekolah terdiri dari pondok-pondok kecil dan biasanya kurang lengkap.

 

Guru mengajar sekara  berkumpulan  dan berpusatkan murid; tujuannya adalah membolehkan murid aktif  dan memenuhi keperluan mereka yang mempunyai pelbagai kebolehan.

 

Murid akan mengikuti mata pelajaran mengikut aktiviti yang diperingkat mengikut tahap pencapaian mereka; sekara langsun dapat diberi peluang untuk memberikan pendapat kepada rakan sekelas  walaupun dari pelbagai kecerdasan yang berbeza.

 

Guru juga mengunakan kaedah perbincangan, yang melibatkan perbualan antara guru-murid dan murid-murid  didalam sebuah kelas. Perbincangan boleh sekara keseluruhan kelas yang biasanya diketuai dan diarahkan oleh guru atau perbincangan sekara kumpulan kekil yang diketuai murid.

 

Guru  perlu bijak melaksanakan kelas cantum kerana terdapat aras perbezaan yang agak ketara dalam diri murid; kelemahan mengunakan pedagogi yang sesuai akan menjejaskan dan merencatkan minat murid.

 

 

5.7 Sosiologistik

 

Sosiologistik adalah gabungan perkataan sosio dan linguistik yang menunjukkan bidang ilmu adalah perpaduan sosiologi dan linguistik. Perbahasan pokok dalam ilmu adalah masyarakat dan bahasa.

 

Sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplin yang membincangkan dan menyusun teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa yang dituturkan dalam komunikasi seharian.

 

Maksud masyarakat dalam ilmu linguistik adalah mencakupi kajian mengenai pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar dan kekil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor sosial, perhubungan dan perbezaan dari segi bahasanya.

 

Maksud istilah bahasa mencakupi gagasan seperti perbezaan kod-kod antara bangsa seperti bahasa Melayu, Indonesia, Arab, Inggeris dan lain-lain.

 

Ragam regional dari satu kod adalah seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain.

 

Ragam kelompok sosial adalah seperti bahasa golongan bangsawan,  kelas tinggi dan rendah dan ragam stailistik melibatkan situasi rasmi, santai, intim dan sebagainya. Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri tatabahasa atau tahap makna iaitu semantik.

 

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses kemasyarakatan termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat. Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak yang memberi pengertian umum, rasional dan emperikal serta bersifat umum (Soekanto 1982:50).

 

Linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk lisan dan tulisan; linguistik memiliki rumus yang menjelaskan system, rasional, emperikal dan kesimpulan sebagai pemberian daripada kenyataan struktur, penggolongan dan rumus-rumus bahasa termasuklah pernyataan kekekualian.

 

Bahasa itu sendiri adalah alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian sekara formal dan abstrak atau kadang-kadang kaku oleh linguistik.

 

Linguistik khususnya di Amerika menurut Fishman (1968:7) sehingga pertengahan pertama abad kedua puluh adalah ‘disiplin normal’ yang hamper sejajar dengan matematik yang abstrak. Bidang ini memberi tumpuan ke atas analisis struktur bahasa dan pendekatan psikologis dan sosiologis dianggap berbahaya dan menyesatkan.

 

Pada pertengahan 1960an pula, penemuan kembali antara kedua bidang ilmu ini, dan kesedaran baru khususnya dalam kalangan ilmuan Amerika akan hubungan yang tidak boleh di pisahkan antara perilaku bahasa dan perilaku sosial (Loveday, 1982:2).

 

Istilah sosiolinguistik baru muncul dalam karya Haver C. Currie yang menyarankan supaya di selidiki perhubungan antara perilaku ujaran dengan status sosial ahli masyarakat (Dittmar, 1976:127).

 

Dell Hymes (1962) menyebut sosio-lingusitik sebagai etnografi pertuturan.

 

Lima perkara yang dapat disimpulkan mengenai istilah sosiolinguistik adalah :

 

Mereka yang meminati bidang mempelajari metod dan alat yang digunakan dalam kelompok sosial di panggil ethnomethodologis.

 

Dell Hymes mengutarakan konsep sosiolingusitik sebagai kecekapan berkomunikasi

 

Variasi dan aneka bahasa dihubungkan dengan kerangka sosial para penuturnya

 

Pemanfaatan unsur-unsur bahasa dalam politik adalah sasaran kajian sosiolinguistik terutamanya bagi menentukan bahasa asing untuk diajar disatu negara.

 

Aspek sosial dalam bilingualisme dan multilinguisme adalah penting seperti code-switching.

 

Tujuh dimensi dalam penyelidikan sosiolinguistik yang dirumuskan oleh Dittmar (1976:128) dalam konferens di UCLA , 1964 ialah :

 

i)                   identiti sosial penuntut

ii)                 identiti sosial pendengar yang terlibat dalam proses komunikasi

iii)               lngkungan sosial tempat peristiwa perbincangan berlaku

iv)               analisis sinkronik dan diakronik terhadap dialek sosial

v)                 penilaian sosial yang berbeza oleh penutur akan bentuk perilaku penutur

vi)               tingkatan aneka atau ragam linguistik

vii)             penerapan praktikal daripada penyelidikan sosiolinguistik

 

Sosiolingusitik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap suatu bahasa yang digunakan. Bidang ini melibatkan interaksi sosial dan bahasa sesuatu budaya.

 

5.8 Penilaian Berasaskan Budaya

 

Guru perlu melaksanakan penilaian terhadap murid berasaskan budaya yang sesuai dengan situasi di dalam kelas berkenaan. Antara perkara yang perlu di beri perhatian adalah aturan dan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza. Murid perlu diberi peluang melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza, boleh memperkenalkan adat dan kaum yang ada; penerapan nilai kerjasama dalam subjek akan memudahkan proses penilaian terhadap murid.

 

 

Penilaian terhadap nilai yang diamalkan merupakan garis panduan, tindakan dan pola tingkah laku yang diingini. Nilai yang dipilih dan diamalkan dapat mencorakkan perkembangan tingkahlaku yang baik dan menjamin keharmonian bilik darjah. Nilai mencakupi satu dimensi tingkahlaku sosial yang luas dan memberi kesan kepada hubungan suasana bilik darjah, sikap dan tanggungjawab, dorongan kejayaan dan lain-lain.

 

Penilaian terhadap aspek disiplin boleh mempengaruhi suasana dan persekitaran bilik darjah yang efektif mencerminkan adanya disiplin dalam kalangan guru dan murid.

 

Nilai hidup berdisiplin bermula dari bilik darjah yang bertujuan membentuk individu yang bertanggungjawab dan dapat meneruskan amalan cara hidup yang baik. Disiplin juga meliputi dimensi moral dan akhlak yang mencorakkan sahsiah dan tingkah laku yang baik dan terpuji tanpa mengira latar belakang budaya murid.

 

Budaya belajar murid yang dinamik akan meluaskan ruang ekspresi, perbincangan, penyelidikan, pembacaan, penyelesaian masalah, mengasah pemikiran kritikal dan mencorakkan murid bersifat kreatif dan seronok di samping dapat menguasai kemahiran tertentu. Bilik darjah yang berkesan menawarkan pelbagai peluang pembelajaran untuk membantu setiap murid mengembangkan potensi, minat dan bakat yang berbeza.

 

Penilaian terhadap aspek psikologi murid meliputi kesan pelbagai pengaruh budaya keatas perkembangan dimensi mental, sosial, moral dan psikologi bilik darjah. Psikologi yang membina keyakinan dan keberanian boleh mendorong satu pembentukan sahsiah dan tingkah laku yang baik di bilik darjah. Guru diminta membentuk sikap murid terhadap over-dependency atau terlalu bergantung kepada guru atau orang lain untuk belajar dan mendapatkan maklumat.

 

Orientasi sosial bilik darjah akan menentukan apa yang patut diamalkan dan apakah yang tidak sepatutnya dilakukan di dalam bilik darjah. Ini termasuklah orientasi sikap dan tanggungjawab, orientasi belajar, orientasi pengunaan masa dan orientasi penyesuaian serta pergaulan mereka. Orientasi akan menentukan iklim bilik darjah yang akan mempengaruhi pembelajaran murid.

  

Fungsi organisasi ialah meningkatkan pengawalan sosial dengan mementingkan kepada keseragaman, kestabilan dan kepatuhan. Keadaan yang tidak kondusif seperti sesak, memberi kesan seperti tidak selesa dan bising, kurang perhatian individu, pengabaian terhadap murid lemah dan iklim dan suasana bilik darjah yang tegang.

 

Faktor streaming mengikut kebolehan boleh memberi impak psikologi yang luas terutama ke atas harga diri, keyakinan dan rasa kejayaan dalam kalangan murid.

 

Sumber :

 

Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1

Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur

 

 

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf

Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html

Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia

Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia

Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu

Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf

Pengukuhan Perpaduan Negara  http://www.pemudaumno.org.my/modules.php?name=News&file=print&sid=2523

 

Kembali

 

 

Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 22, 2009 oleh Pengendali@2006