|
Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya Kepelbagaian
sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara kita akan
memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara
umumnya dan kepada suasana pembelajaran secara khasnya. Sebagai pendidik,
adalah sangat penting untuk mengetahui peranan guru, murid, sekolah dan
kurikulum tersirat dalam usaha memberikan pendidikan yang seimbang
kepada semua murid dari pelbagai kaum dan latar belakang. Pengetahuan
ini akan menghakis sikap prejudis guru dalam menangani
kepelbagaian sosio-budaya murid, khususnya ketika mengendalikan aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran. 3.1 Guru Semua
guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi
dan bersikap profesional.
Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok
murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja. Murid dari kaum dan jantina
berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Rohand
Meighan (1986) menulis bahawa kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang
sama. Karl Marx
berpendapat kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang
Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada
mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran
ditunjukkan.
Guru harus
bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan
wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran
yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan.
Guru harus berusaha menolong murid memahami dan membentuk nilai
sikap, tingkah laku yang sesuai. Guru harus melayan
keperluan murid kearah perkembangan potensi secara optimum. Murid harus dibantu
untuk memahami kekuatan dan dan kelemahan yang ada pada diri mereka; setiap
kelemahan perlulah diatasi dan kekuatan yang ada boleh digunakan untuk membantu
murid lain yang memerlukannya.
Guru perlu berusaha untuk membantu murid memilih kerjaya yang
sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Guru perlu
membantu murid membina konsep positif kendiri, memberi tunjuk ajar untuk
mengatasi masalah akademik dan meningkatkan prestasi akademik murid yang lemah
melalui pengajuran kem motivasi dan sebagainya.
Guru mesti membiasakan diri datang awal ke kuliah dan mempunyai
amalan sentiasa menepati masa. Guru harus mengunakan
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap pencapaian murid.
Memulakan set induksi yang menarik dan aktiviti pembelajaran yang menghilangkan
rasa kebosanan atau melakukan tugasan yang berkaitan dengan isi-isi pengajaran
tersebut.
Guru tidak
harus melengahkan waktu untuk memulakan pengajaran dan akan
hanya akan menamatkan pengajaran pada minit-minit akhir tempoh pengajaran. Masa pengajaran hendaklah dimaksimumkan dengan aktiviti
merangsangkan minda. Kata-kata motivasi dan penuh
senyuman dan jenaka, pujian supaya suasana sentiasa ceria, di samping teguran
berupa nasihat dan bukan leteran.
Guru perlu
menghormati murid
seperti orang lain, bersikap adil kepada semua murid, hukuman
berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan
menghilangkan minat untuk meneruskan pembelajaran.
Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra
murid berasaskan latar belakang dari pelbagai sosio-budaya. Langkah-langkah
pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang
tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan
etnik dan meniupkan api perkauman di kalangan murid.
Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang
diamalkan murid-murid mereka. Setiap kepercayaan dan nilai
harus diterima seadanya. Isu-isu sensitif dan
berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan.
Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan
semua kepercayaan, nilai dan agama murid mereka. Guru harus
mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk memberi
peluang yang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.
Guru harus merancang aktiviti pembelajaran yang boleh disertai
oleh semua murid, tanpa mengira jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada
mana-mana jantina mesti dielakkan untuk memberi peluang yang sama
pada setiap murid menerokai aktiviti pembelajaran. Bagi murid
yang kecelaruan jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang
positif dalam kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan
tersebut.
Guru mesti merumuskan hasil pembelajaran yang telah dikembangkan
melalui pelbagai kaedah yang menarik. Guru bukan
sekadar mengambarkan sepintas lalu isi kandungan tetapi boleh menggerakkan
murid memberi rumusan berdasarkan pengalaman pembelajaran tersebut. Rumusan boleh dibuat seperti susunan dalam bait-bait puisi, sajak,
pantun, soal jawab dan main peranan.
Guru perlu
mencatatkan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran tersebut dan mencari peluang bagi pengubahsuaian serta
mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menyelesaikan beberapa masalah
pembelajaran supaya pengajaran dan pembelajaran berikutnya dapat dilaksanakan secara
lebih sempurna dan mempunyai penambahbaikan.
Guru
yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka
terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak
berlaku pembaziran waktu disebabkan pelbagai pemantauan yang penyeliaan yang
terpaksa dijalankan.
Guru yang
berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang; fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil
kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang
dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh di capai, realisitik
dan bijak dalam pengurusan masa.
Demi
memastikan objektif-objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan
terhadap tugasan. Keutamaan diberikan kepada keupayaan,
kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi. Guru
juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir, kemahiran
mengaplikasikan peralatan terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan
tugasan yang diamanahkan disamping memilik wawasan yang jelas. Guru harus berkemampuan membuat
pemantauan dan refleksi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan
penambahbaikan, di samping memilik sahsiah sebagai guru yang berteladan baik
serta mematuhi
Tonggak
Dua Belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja
dalam Islam. Peredaran
masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk
pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumber utama
pengetahuan kepada murid telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalam
pengajaran dan pembelajaran, ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid.
Guru harus kreatif dan inivatif untuk menjadikan sistem
penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif, menarikdan
menyeronokkan. Guru adalah segala-galanya. Dalam
usaha menghasilkan guru yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia,
permulaan latihan guru untuk guru pelatih yang berminat dalam profesion
keguruan dibuat dengan teliti.
Pelatih harus terdiri daripada mereka yang berminat dan
mempunyai sahsiah yang baik sahaja yang terpilih, langkah-langkah inovatif juga
perlu dipergiatkan bagi menarik lebih ramai murid cemerlang menyertai profesion
keguruan. Profesion
keguruan tidak boleh dianggap sebagai satu kerjaya yang boleh diceburi oleh
sesiapa sahaja.
Hanya mereka yang mempunyai kualiti, keterampilan,
kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa pendidik layak dan patut
menjadi guru. Disamping
menuntut kesungguhan dan tanggungjawab guru, pemantapan kebajikan dan kerjaya
terus diperbaiki dan diberi penekanan. 3.2 Murid Murid
adalah pelanggan bagi setiap guru didalam bilik darjah. Mereka akan
bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam
bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui
pendidikan terbaik yang melampaui tingkahlaku manusia. Kerapkali
terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam
pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami
tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut
kaedah yang betul dan tepat. Antara
perkara yang boleh dijadikan panduan mengurus tingkahlaku murid ialah
menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib
mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus
bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran. Murid harus
berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis
terhadap bangsa lain. Kepercayaan
dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan akktiviti yang
dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai
ke dalam jiwa murid.
Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan
supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakt dan seterusnya
berupaya membentuk mesyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan negara. Penggunaan
bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur
dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, seberapa yang terdaya murid harus
diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul.
Pengunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan
dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa
perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.
Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid
mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.
Murid
juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan
jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam
interaksi yang berlainan jantina. Pengurusan
hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang oleh guru,
dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan,
menegru dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, disamping menggunakan
segala sifat mahmudah akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan
kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya.
Kemahiran
berkomunikasi memainkan peranan penting kea rah pembentukan budaya penyayang. Komunksi berkesan dapat dijelmakan
melalui cara bertutur, pengunaan bahasa badan,
penulisan, juga melalui pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon
dan sebagainya. Guru yang
menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana pembelajaran yang
lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan
penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan.
Murid
mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Guru mesti
mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan
mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik
daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur, bersih dan kemas.
Murid
biasanya akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu
guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan
peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif.
Murid
biasanya suka akan budaya belajar yang ceria,
menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif
dan ininovatif dan bermatlamat. Guru diperlukan
membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai
murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Murid yang
sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya, tahap
disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti perasaan
kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi
diri mereka kea rah pembentukan modal insan yang berkualiti. Tindakan
murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat mengurangkan kadar
ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik darjah yang
berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak
seimbang bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan.
Kecekapan yang ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah
yang dapat ditransformasikan
menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,
rumahku’.
Mungkin
terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas, namun harus
diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran
mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting
dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid –murid yang menimbulkan punca
permasalahan harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’.
Guru mesti mencuba membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan
aktiviti pengajaran dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat perhatian dan dihargai
sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan kerana dirinya
tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru.
Ketegasan
terhadap disiplin murid perlu dilakukan dengan cara
dan pendekatan berhemah yang menampakkan bahawa ketegasan itu bukan bertujuan
mendera tetapi lebih kepada pengajaran. Kesabaran, kecekalan
dan kesungguhan untuk membentuk perangai murid memang mengambil masa yang lama.
Murid
harus diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada
masanya.
3.3 Sekolah Pada
masa ini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan
negara. Pada peringkat rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada
peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas,
Sekolah Berasrama Penuh,
Sekolah
Menengah Teknik, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah
Premier iaitu sekolah yang mempunyai
tradisi penajang seperti sekolah yang berusia 100 tahun atau lebih dan sekolah
di dalam persekitaran yang strategik serta infrastruktur yang baik seperti
sekolah yang berjiran dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Turut
tersenarai adalah
Maktab Rendah Sains Mara,
sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Di
peringkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan
(bahasa pengantar utama adalah Bahasa Kebangsaan), SJKC (bahasa pengantar
Bahasa Cina) dan SJKT (bahasa Tamil). Diperingkat
sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang memberi
peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan
yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan
sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistimewaan masing-masing seperti
permainan ragbi di
Kolej Melayu Kuala Kangsar,
pencaragam di
Sekolah Menengah
Tun Fatimah, pidato di
Kolej Islam Kelang. Sekolah
Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam
bidang teknikal dan vokasional.
Matlamatnya adalah untuk menyediakan tenaga kerja mahir dan
separuh mahir yang mencukupi. Sekolah
menengah teknik menawarkan bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga,
pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala dalam bidang
teknikal termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT
Dato Undang Hj Md Sharip (ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT
Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah
Alam (ketukangan mekanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA) menawarkan dan menyediakan program Pendidikan Islam kepada murid.
Ia memupuk potensi murid dari segi minat, kreativiti,
sahsiah dan kepimpinan serta menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dalam
pelbagai bidang ilmu, dalam dan luar negara. Diantara
yang membanggakan ialah
SMKA
Maahad Haamidiah Kajang, Selangor. Ini adalah
komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menerapkan nilai kerohanian dan kepercayaan beragama kepada murid-murid.
Sekolah
Premier ialah sekolah yang mempunyai unsure sejarah
dan tradisi yang kukuh dan memberi sumbangan yang banyak kepada negara sejak
penubuhannya. Sekolah ini mempunyai senibina yang bersejarah (historic
institution) yang akan memperkayakan khazanah warisan
negara. Sekolah ini menjadi lambing dan kebanggaan negara
kerana kecemerlangannya. Sekolah ini melahirikan tokoh negara dan
korporat seperti Victoria Institution (Kuala Lumpur), Sekolah Zainab
(Kelantan), Maktab Sultan Ismail (Kelantan) dan Sekolah Menengah St.John (Kuala
Lumpur). Sekolah
100 tahun ialah sekolah yang dibina sebelum tahun 1905. Sekolah ini mempunyai
cirri-ciri tinggalan sejarah dan sebahagiannya ialah sekolah premier.
Diantara sekolah-sekolah yang tersenarai adalah Penang Free School (Pulau
Pinang), Sekolah Tinggi Melaka (Melaka), Sekolah Menengah Lelaki Methodist
(Kuala Lumpur) dan lain-lain lagi. Sekolah Bestari merupakan sekolah-sekolah yang terletak di Koridor Raya Multimedia terutama di Putrajaya dan Cyberjaya. Sekolah ini mempunyai reka bentuk yang menarik, infrastruktur yang lengkap dan terletak dalam kawasan strategik berhampiran dengan Kompleks Kerajaan Persekutuan.
Sekolah
Model Khas contohnya
SMK Meru
– Model Khas mengabungkan murid sekolah rendah pada peringkat Tahap
II dan murid sekolah menengah dibawah
satu bumbung, Ia merupakan konsep baru dan menyediakan kemudahan fizikal yang
kondusif bagi murid yang berpontensi di kawasan luar Bandar seperti Sekolah
Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis (Pahang), dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Bukit Jenun (Kedah).
Sekolah Pendidikan Khas menyediakan
Pendidikan Khas kepada murid bermasalah penglihatan, pendengaran dan
pembelajaran,
autisme, sindrom-down,
keupayaan kognitif rendah, ADHD dan disleksia. Matlamatnya adalah supaya
mereka menjadi insan yang berdikari dan dapat menyumbang kepada pembangunan
negara. Sekolah Menengah Pendidikan Khas Indrapura
contohnya menyediakan kemudahan pelajaran bagi ketiga-tiga kategori Pendidikan
Khas. SMT memberi peluang pendidikan kepada murid
bermasaalah pendengaran dengan menawarkan kursus-kursus anjuran
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK). Kepelbagaian
sosio budaya juga telah mewujud sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah
berusaha untuk mengetasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang
dijalankan disekolah.
Program
Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha
Kementerian Pelajaran
untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Sekolah Wawasan ditubuhkan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah
antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama
lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Apabila
anak orang Melayu, 3.4
Kurikulum Tersirat Kurikulum
biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi
objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan
dalam satu rangka masa tertentu.
(Saedah Siraj, 2001; Wiles and Bondi, 1998; Pratt, 1994;
Schubert, 1986). Diperingkat
pelaksanaan, kurikulum menampilkan penyampaian isi kandungan yang telah disusun
dalam kurikulum itu sendiri.
Diperingkat penilaian pula, pengukuran serta pengujian
dijalankan untuk menentukan pencapaian objektif yang tercatat. Majoriti
tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawa apa yang sebenarnya
yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat
kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atau proforma kursus tetapi merangkumi kesemua
pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Ini lah yang dikatakan Kurikulum Tersirat. Idea
kurikulum tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam
bukunya Life in Classrooms yang dijadikan fokus kajian oleh Snyder (1973),
Apple (1980), Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lain lagi. Ausbrooks
(2000) menjelaskan
bahawa kurikulum tersirat adalah “is composed of the implicit messages in the
school’s social climate, unwritten yet understood by all. It is the body of
knowledge a child absorbs in school simply by being there day after day. This
is the curriculum that creates a school’s so called ‘learning environment’. Cahfel
(1997) berpendapat terdapat dua bentuk kurikulum yang dilaksanakan disekolah
iaitu overt (terbuka) yang memberi fokus kepada kursus pengajian yang eksplisit dan covert (tersirat)
yang memberi fokus kepada pembelajaran yang tacit (diaplikasikan tetapi tidak
didokumentasikan dan tidak tercatat). Cahfel
mendapati bahawa kurikulum tersirat boleh didefinisikan sebagai norma-norma,
nilai dan kepercayaan yang tidak dinyatakan dalam kurikulum tetapi diajar secara
tidak langsung didalam kelas dan didapati bahawa kurikulum tersirat tidak
dinyatakan dalam kurikulum rasmi sahaja. Diperingkat
pengajian tinggi, kurikulum tersirat lebih memberi penekanan kepada
persekitaran yang wujud dalam kalangan warga kampus. Melalui
kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan
saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Kurikulum
tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti
berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum. Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
harus menyelitkan dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.
Ciri-Ciri
Kurikulum Tersirat boleh dimaksudkan seperti berikut :
-
merangkumi
semua pengalaman pembelajaran yang murid peroleh di mana mereka belajar
-
boleh
menjadi objektif pembelajaran tetapi hasilan pembelajarannya adalah bersifat
relatif dan agak sukar diukur secara kuantitatif
-
merangkumi bilai-nilai yang dibentuk bersama
oleh pelaksana kurikulum itu sendiri (murid-guru-pengajar). Dipelajari oleh
murid tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru/pengajar;
tingkahlaku dan akhlak guru/pengajar
-
kewujudannya
adalah berbez-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan latar belakang
pelaksana kurikulum (murid-guru/pengajar)
-
kadangkala
kurikulum tersirat terdapat pada matlamat atau objektif satu-satu kurikulum
tetapi tidak tertulis dalam kandungan kurikulum berkenaan mahu pun dalam
penilaian
-
jenis
atau pengkategoriannya adalah berbeza-beza mengikut jenis institusi, tahap
pembelajaran dan juga matlamat kurikulum itu sendiri Bagi
institusi pengajian tinggi keguruan, pengkategorian kurikulum tersirat oleh
Berghenhenegouwen (1987) boleh dijadikan asas dengan beberapa pengubahsuaian. Dalam peringkat pengajian di
pendidikan tinggi keguruan, tiga kategori diperkenalkan seperti berikut :
-
budaya
belajar untuk belajar
-
budaya
belajar untuk pengajar
-
belajar
untuk pembudayaan/pembinaan tingkah laku terpuji Bagi murid
peringkat pengajian tinggi, guru pelatih perlu menguasai cara
belajar yang berkesan. Selain menghadiri kuliah, guru pelatih
perlu mengetahui kemahiran belajar yang sesuai untuk diri mereka sendiri bagi
memperolehi pencapaian akademik yang terbaik. Murid
diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masing-masing dan adalah berbeza
diantara murid diperingkat rendah dan tinggi. Murid seharusnya menguasai
kemahiran belajar melalui proses pembudayaan pembelajaran sendiri yang
dipanggil kurikulum tersirat dan ini termasuklah ;
-
mempelajari,
memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian, tesis/disertasi, kertas
projek, kertas kerja dan jurnal/buku dengan sebaiknya mengikut standard yang telah
ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang berkaitan mahupun mengikut
standard antarabangsa dengan meurujk antaranya APA style (bidang pendidikan,
Sains , Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama), the Chicago Manual of Style (aliran
Sastera, Sains Kemanusiaan, Agama).
-
mempelajari, memahami dan mengadapatasikan
pengunaan jaringan maya atau internet itu sendiri dan juga cara menulis kajian,
tesis/disertasi, kertas projek, kertas kerja dan jurnal/buku mengikut kaedah
Mobile Learning dengan sebaiknya. Carpenter
(1985) juga memperolehi kajian selari dengan dapatan diatas dimana beliau
mendapati bahawa kumpulan guru pelatih yang tidak diajar dengan kemahiran
belajar didapati tidak mempunyai keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di
sekolah.
Bagi
pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion murid harus
membudayakan diri mereka dengan pembelajaran kendiri yang menekankan proses
pembelajaran tanpa diarah, dipaksa atau disuruh. Ini adalah
bersamaaan dengan budaya belajar sepanjang hayat.
Apa yang pelajar alami, lihat dan
dengar semasa di di dewan bersama pensyarah itulah yang menjadi kurikulum yang
lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik dikertas-kertas yang mereka
catat.
Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa oleh
pensyarah sewaktu mengajar akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat
bermakna terhadap amalan hidup murid semasa mereka bekerja nanti. Sumber : Kamus
Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). Budaya dan
Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
ISBN 978-967-5451-04-1 Ting
Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka
dan Kementerian Pelajaran Hubungan
Etnik
http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan
Etnik di Malaysia
http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik
Etnik dan Ras
http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang
Cina Orang
Orang
Melayu Teori
Perhubungan Etnik
http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf Warisan
Budaya
|
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada August 07, 2012 oleh Pengendali@2006