|
Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya Kepelbagaian
sosio-budaya
2.1
Bangsa Menurut
Kamus Dewan (1999), bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri
kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. Kamus
Pelajar (1993) pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama usulnya serta serupa sifatnya. Bangsa
merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama, yang
bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Contohnya, Melayu, Cina dan India
di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Bangsa
juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama, toleransi,
hormat-menghormati, setiakawan, dedikasi, persahabatan, perkongsian, kesabaran
dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana
bilik darjah yang sihat dan dinamik. Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur
bahasa Melayu dan
mengamalkan
adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu
mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama
Sungai Melayu di hulu
Sungai Batang Hari,
Sumatera. Di sana
letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau
semasa adanya Kerajaan
Srivijaya.
Sehubungan itu, dari segi
etimologi,
perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan
Sanskrit
"Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi.
[9] Ada juga
sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal dari
"Sungai Melayu" di Jambi.[10] Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh
UNESCO pada tahun
1972 sebagai suku bangsa Melayu di
Semenanjung Malaysia,
Thailand,
Indonesia,
Filipina, dan
Madagaskar.
Bagaimanapun menurut
Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya
merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama
Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua
orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu. Istilah "Melayu" untuk merujuk kepada nama
bangsa atau
bahasa adalah suatu perkembangan yang agak
baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya
Kesultanan Melayu Melaka.[11] Walaupun
demikian, tidaklah sehingga
abad
ke-17 bahawa istilah "Melayu" yang merujuk kepada bangsa
semakin digunakan secara meluas. Sebelum itu, istilah "Melayu" hanya
merujuk kepada keturunan raja Melayu dari
Sumatera sahaja.[11] Penakrifan orang Melayu
merupakan satu pekerjaan yang sukar. Sekiranya menurut penakrifan orang Melayu
sebagai orang yang bertutur dalam
Bahasa Melayu,
penakrifan ini merangkumi kebanyakan orang di
Malaysia,
Indonesia, dan
sebahagian dari negeri
Thai
dan
Filipina. Tetapi,
apa yang menjadi masalahnya, di Indonesia, orang Melayu hanya merupakan salah
satu daripada beratus-ratus
kaum/suku
di negara itu. Lebih-lebih lagi, warga
Indonesia lebih
suka mengenali diri mereka sebagai orang Indonesia dan mengenali bahasa mereka
sebagai
bahasa
Indonesia. Walaupun demikian, secara amnya terdapat dua jenis
penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang Melayu. Iaitu:
Penakrifan
undang-undang
Di negara
Malaysia,
orang Melayu didefinisikan menurut
perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang
Melayu ditakrifkan sebagai
[12]:
Takrifan
undang-undang ini
adalah ditetapkan demi keperluan
politik
di negara
Malaysia. Maka
dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga
orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di
selatan
Thailand terdapat
juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya
orang Melayu. Penakrifan antropologi
Menurut
Syed Husin Ali yang
merupakan ahli antropologi di negara Malaysia, orang Melayu itu dari segi
zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap
dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.
[13] Dari
segi
etnologi, Melayu
bermakna kelompok
masyarakat
yang mengamalkan sistem kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk
dalam bangsa
Mongoloid.[14] Orang Cina Malaysia (Cina Ringkas: 马来西亚华人;
Cina Tradisional: 馬來西亞華人;
pinyin: Mǎláixīyà Huárén atau
Cina Ringkas: 马来西亚唐人;
Cina Tradisional: 馬來西亞唐人;
pinyin: Mǎláixīyà Tángrén) ialah
orang Cina luar negara yang menjadi
warganegara atau penduduk tetap di
Malaysia.
Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari
China yang tiba di Malaysia sekitar abad
ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya kaum ini dirujuk
sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina
Malaysia agak jarang dipakai di negara ini. Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di
Melaka; abad ke-18 di
Pulau Pinang)
membentuk suku kaum
Cina
Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan adat Melayu secara
takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu,
tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang
lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat Cina dikenali sebagai
sinkheh (新客, "tetamu
baru"). Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang
amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang
Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu
beragama
Islam. Di bawah
undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama
Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina Malaysia
menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan
politik. Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi
Malaysia, tetapi semenjak adanya
Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam
ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan
berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat 7-7.5
juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi
bangsa terkaya di Malaysia
dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara. Orang India Malaysia ialah satu
kaum di
Malaysia yang
berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari
India Selatan
semasa pemerintahan
British
di
Tanah Melayu. Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000
tahun yang lalu. Kumpulan-kumpulan seperti komuniti
Chitty Melaka dan komuniti
Mamak merupakan keturunan penghijrah semasa
Kesultanan Melaka
dan kemudiannya semasa pendudukan
Melaka
oleh orang
Portugal dan
Belanda. Perolehan
Negeri-negeri Selat —
Pulau Pinang,
Melaka dan
Singapura — oleh
pihak British antara tahun
1786
hingga
1824 memulakan satu
aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada
buruh,
pedagang,
supai, dan
banduan yang melibatkan diri dalam bidang
pembinaan,
pertanian dagangan,
pertahanan, dan
perdagangan.
Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara beramai-ramai dari subbenua India
ke Tanah Melayu menyusul:
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum
kemerdekaan terdiri
terutamanya daripada orang
dewasa
lelaki yang meninggalkan keluarga mereka
di
India and
Sri Lanka. Oleh
itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan penduduk India naik
turun dengan kerap. Pada tahun
1901,
bilangan penduduk India di Negeri-negeri Selat dan
Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih
kurang 120,000. Menjelang
1931,
bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan Singapura, dan
di negeri
Selangor, bilangan
mereka melebihi orang Melayu pada tahun itu. Bilangan penduduk India
hampir-hampir tidak berubah sehingga
1947
disebabkan mereka pergi ke
Myanmar
semasa pendudukan
Jepun sebagai
rekrut untuk
Angkatan Tentera Kebangsaan
India, dan kuli untuk
Landasan Kematian. Pada tahun
2005, orang India merupakan lebih kurang
7% daripada jumlah penduduk di
Malaysia
(sekitar 1.8 juta). Hubungan
etnik juga mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial dalam sesebuah
masyarakat. Melalui hubungan etnik juga dapat difahami isi atau prasangka dan
diskriminasi di sesebuah negara serta gambaran peranan faktor personaliti dalam
menentukan tingkah laku ahli masyarakat. Hubungan
etnik penting untuk memahami kesan perindustrian di sesebuah negara.
Hubungan etnik akan mempengaruhi dasar sosial dan
perancangan sosial sesebuah negara. Etnik adalah pecahan
masyarakat dalam sesuatu kaum seperti etnik Bidayuh, Kadazan dan sebagainya. Etnik (ethnic) pula tidak
dipengaruhi oleh faktor biologi tetapi ianya merujuk kepada golongan yang
berkongsi budaya yang diwarisi (Macionis, 1998:215). Golongan dari etnik yang sama akan mempunyai kesamaan dari segi asal-usul, bahasa dan
agama. Sebagai contoh, di bekas negara Yugoslavia, etnik Serb, Croatia dan
Bosnia secara fizikalnya adalah sama (sama ras) tetapi mereka berbeza dari segi
budaya, bahasa dan agama. Pada dasarnya ras dan etnik adalah hampir sama dari segi pengertian dan bagi mengelakkan kekeliruan,
konsep "kelompok etnik" digunakan bagi merujuk kepada
golongan-golongan yang berbeza dari segi kebudayaan, kepercayaan, adat resam,
bahasa, agama dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dari
segi amalan perbezaan di antara konsep ras dan etnik kadang-kala menjadi kabur
dan kedua-duanya digunakan secara saling-ganti seperti di Malaysia, di mana
kelompok-kelompok Melayu, Cina dan India yang sepatutnya dikenali sebagai
kelompok-kelompok etnik juga dipanggil kelompok-kelompok ras dalam keadaan
tertentu. Ras (Race) adalah kumpulan
manusia yang terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri
biologi tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas dalam
masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika dahulu,
manusia pernah dibahagikan kepada kategori Caucasoid, Mongoloid, Negroid
dan Australoid dengan berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna
kulit, warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain. Walau
bagaimanapun pembahagian sedemikian adalah secara kasar sahaja kerana memang
terdapat golongan yang sukar diklasifikasikan ke dalam mana-mana kumpulan ras. Ini adalah kerana manusia sentiasa
bergerak, bersosial, berinteraksi dan perkahwinan campur sering berlaku di
antara satu sama lain. Kesannya akan
menghasilkan golongan baru yang mempunyai keturunan campuran yang tidak dapat
digolongkan ke dalam mana-mana kumpulan ras.
Penyerapan Budaya
Dalam
mengupas proses perpaduan dan integrasi di • Asimilasi:
merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok kebudayaan dan identiti yang sama, atau satu versi daripada kelompok dominan; kewujudan
komuniti peranakan di Proses
asimilasi juga bermaksud proses penyerapan budaya. Dapat dilihat melalui cara hidup atau kebudayaan sesuatu masyarakat biasanya
migrant dan minoriti yang telah diserap oleh kebudayaan dominant tanpa membawa
perubahan kebudayaan yang menyerapnya. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin (2001)
telah merangkakan proses asilimasi tersebut seperti berikut : Budaya
A + B + C = A, walaupun berlaku penyerapan budaya antara tiga kumpulan
tersebut, tetapi budaya A tetap kekal diterima umum. • Akomodasi:
merupakan proses yang melibatkan beberapa kumpulan etnik yang menyedari bahawa
mereka adalah berbeza namun menghormati norma dan
nilai kolektif satu sama lain; kewujudan fenomena Konsi‐Raya
atau Deepa‐Raya
adalah satu contoh Dalam
Pengajian • Akulturasi:
merupakan proses penerimaan dan pinjam meminjam usur atau perlakuan budaya
antara kelompok etnik yang berbeza; kewujudan pinjam meminjam antara kelompok
etnik di Dalam
Pengajian • Amalgamasi:
merupakan proses yang dilakukan secara interventionist dan
sedar oleh beberapa kumpulan etnik, atau pemerintah, untuk mencantumkan
beberapa unsur berbeda daripada kumpulan etnik yang berbeda tersebut dalam satu
entiti yang bersatu, samada secara sementara atau berkekalan; wujudnya projek
Sekolah Wawasan adalah satu contoh. Perkahwinan
campur juga merupakan proses amalgamasi. Perkahwinan ini akan
menghasilkan satu kelompok baru dalam kehidupan masyarakat dan akan membentuk
satu budaya baru dalam masyarakat berkenaan. Jayum
A. Jawan (1997) meringkaskan proses A + B + C = D Pluralisme
adalah proses mempertahankan kepelbagaian budaya. Dalam proses ini, masyarakat
menitikberatkan pengekalan cirri-ciri kebudayaan pelbagai kelompok. Setiap etnik dikatakan berhak terhadap warisan kelompok. Pluralisme berpegang kepada bahawa setiap perbezaan adalah perkara
lazim dan tidak dapat dielakkan. Jayum A.
Jawan (1997) meirngkaskan proses A + B + C = A + B + C
2.2
Struktur Masyarakat / Kelas Sosial Masyarakat
merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling berhubungan dan
bergantungan berasaskan satu budaya serta bidang tertentu dan mempunyai
matlamat yang sama. Terdapat
tiga konsep penting yang ditumpukan apabila menyebut perihal masyarakat. Konsep tersebut
adalah masyarakat. Budaya dan perpaduan di dalam
masyarakat. Ciri-ciri
utama bagi mengkelasifikasikan sesuatu masyarakat adalah seperti berikut :
a)
hidup
berkelompok
b)
mempunyai
budaya
c)
sering
mengalami perubahan
d)
saling
berinteraksi sama ada dalaman dan dengan pihak luar
e)
mempunyai
kepimpinan dan
f)
mempunyai
aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta) Kita
tidak boleh menghuraikan konsep masyarakat tanpa membincangkan konsep etnik dan
kaum. Etnik
merupakan satu kelompok yang boleh dikaji hubungan persaudaraan mereka melalui
nenek moyang yang sama. Etnik boleh didefinisikan
sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper
seragam, termasuk adab resam, pakaian, bahasa dn kegiatan ekonomi. Konsep
kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi
kebudayaan Konsep
suku pula merujuk kepada kelompok masyarakat yang membentuk rumpun bangsa
seperti dalam rumpun Kadazan dusun terdapat sub-etnik seperti Tatana, Bisaya,
Lotud, Kimaragang dan lain-lain. Konsep
etnik membentuk etnisiti dan etnosentrisme.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan
etnik tertentu. Etnosentrisme pula
merujuk kepada satu sikap atau kepercayaan bahawa kebudayaan sendiri adalah
lebih baik dan lebih tinggi nilainya dari kebudayaan kelompok lain. Sesuatu
kelompok dikatak ‘etnosentrik’ apabila mereka menilaikan kebudayaan lain
berdasarkan standard dan nilai kebudayaan sendiri dan menanggap kebudayaan lain
mempunyai nilai yang lebih rendah. Ia juga
membayangkan keengganan atau ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai
pandangan kelompok daripada kebudayaan masyarakat yang lain. Rasisme
ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara
terbuka melalui perilaku atau tindakan. Fahaman
ini menekankan bahawa satu kaum sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap iaitu :
a)
Tahap
Individu – kepercayaan dan sikap individu
b)
Tahap
Institusi - melibatkan dasar dan
pelaksanaan yang bersifat diskriminasi Konsep
prejudis merupakan pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik yang
tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Lazimnya
pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi.
Sikap prejudis disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang lain. Kesannya mudah dilihat apabila berlaku
persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau sosial. Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip. Stereotaip
pula merupakan kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik
seperti “semua orang X bersifat kasar” dan sebagainya. Stereotaip ialah gambaran yang
berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditunjukkaan kepada
sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain. Dalam
kehidupan masyarakat khususnya negara kita, susun lapis masyarakat boleh
dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan golongan
yang diperintah.
Kelas sosial masyarakat tradisional boleh dikelasifikasikan seperti berikut :
a)
Sultan - kelas hierarki tinggi
b)
Kelas
bangsawan - kaum keluarga di raja
c)
Kelas
pembesar - pembesar negeri/daerah
d)
Rakyat
biasa - golongan diperintah Roucek
dan De Fleur
(1974), mentakrifkan masyarakat sebagai sebuah pola yang sangat kompleks
mengenai organisasi sosial, dimana ahli-ahlinya saling bergantung dan terdapat
garis panduan bagi semua bidang tingkah laku sosial. J.S.
Furnivall (1948), mentakrifkan masyarakat majmuk sebagai mereka yang terdiri
dari pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang
tersendiri. Kamarudin
Jaafar mentakrif masyarakat majmuk sebagai kaum yang bercampur baur tetapi
mempunyai kehidupan yang berasingan, interaksi sesama mereka terbatas, penuh
prasangka serta ‘bersama’ tetapi tidak bersatu. Dalam
konteks negara kita, masyarakat merujuk kepada sekelompok manusia yang
terkandung di dalamnya pelbagai kaum iaitu Melayu,
-
masyarakat
memburu dan mengumpul
-
masyarakat
menternak dan bertani
-
masyarakat
petani
-
masyarakat
industrial
-
masyarakat
pasca industrial Struktur
masyarakat atau kelas sosial berperanan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyarakat.
Pergaulan bebas dan tidak berkelompok dalam satu masyarakat juga akan menentukan pola kehidupan masyarakat. Contohnya murid
golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan murid golongan atasan
tanpa mengira budaya dan masyarakat lain. Murid perlu di dedahkan
supaya mereka dapat mengelakkan rasa tinggi diri dan seterusnya menerima rakan
sebagai sebahagian daripada komuniti dalam kehidupan mereka. Hubungan
yang baik juga dapat memupuk nilai persahabatan, nilai kerjasama dan nilai toleransi
didalam bilik darjah yang menjamin kesejahteraan dan keharmonian murid. Hubungan yang
baik menunjukkan adanya nilai-nilai penyayang atau caring dapat disemai dalam
jiwa murid di dalam bilik darjah. Oleh itu masalah
tingkah laku yang tidak di ingini dapat dikurangkan dan dibendung dengan lebih
berkesan. Murid golongan bawahan dapat bergaul dan berinteraksi dengan
murid golongan atasan tanpa mengira budaya dan masyarakat lain. Secara langsung
satu suasana pembelajaran yang kondusif akan
terbentuk.
2.3
Kepercayaan Kepercayaan
bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu
perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan akan berasa
‘pasti’ terhadap sesuatu perkara yang berkenaan. Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak (propositional attitude). Kepercayaan dalam konteks agama pula adalah sebahagian daripada asas pembangunan moral, yang juga dikenali sebagai akidah ataupun iman. Kepercayaan tersebut akan membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat.
Kepercayaan
merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu, Kamus
Dewan (1994). Kepercayaan juga adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara
turun-temurun. Masyarakat
melayu banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana dalamnya mengandungi
pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak
cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian. Kepercayaan dan pantang larang
tersebut bertujuan untuk mendidik tetapi disampaikan secara halus supaya tidak
menyinggung perasaan mereka yang ditegur malah dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Antara kepercayaan masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan
kepada pawang, dukun dan bomoh. Pengunaan
mentara atau manir oleh pawang, dukun dan bomoh yang dikenali sebagai jampi,
serapah atau seru merupakan pengucapan yang berentak puisi yang mengandungi
unsur sihir dan bertujuan bagi mempengaruhi atau mengawal sesuatu perkara dan
bertujuan bagi mempengaruhi atau mengawal sesuatu perkara untuk memenuhi
keinginan penuturnya.
Mentera ini dianggap mempunyai kuasa ghaib yang luar biasa
yang membolehkan pembacanya mengawal seseorang atau alam semulajadi. Pantang
larang masyarakat Melayu diantaranya adalah melarang anak duduk diatas bantal,
menjahit diwaktu senja, tidak boleh bersiul atau menyanyi didapur dan lain-lain
lagi. Masyarakat
Cina turut mempercayai alam semesta dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. Semangat yang berada
dan hidup didalam fenomena alam seperti
langit, matahari, tanah, air, tumbuhan, gunung dan fenomena lain. Fenomena
alam diklasifikasikan kepada ‘Yang’ dan ‘Yin’. ‘Yang’ merupakan
prinsip dasar laki-laki, matahari, arah selatan, panas cahaya (siang) dan
segala keaktifan. ‘Ying’ pula adalah prinsip wanta,
bulan, arah utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat pasif. Masyarakat Cina juga percaya
‘jade’ dapat memberi kekayaan dan keharmonian. Feng-shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan. Masyarakat
Kepercayaan
animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan
asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif
purba kala. Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi
seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar mempunyai semangat dan
mesti dihormati agar semangat tersebut tidak menganggu manusia, malah membantu
mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka.
Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama,
antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu. Nilai
dan kepercayaan adalah saling berkaitan. Kepercayaan memberi halatuju
manusia tentang kehidupan. Nilai merupakan prinsip-prinsip
yang menentukan apakah yang sesuai dan bermoral dalam sesebuah masyarakat. Nilai
dalam masyarakat boleh mempengaruhi norma masyarakat
terebut. Terdapat beberapa nilai dalam masyarakat , antaranya adalah :
i)
etnosnetrik
iaitu menilai budaya masyarakat lain berpandukan nilai, kepercayaan dan norma
sendiri
ii)
relativisme
iaitu sesuatu budaya tidak boleh dinilai
secara arbitari dengan mengunakan nilai, kepercayaan dan norma sendiri
iii)
xonsentrisme iaitu anggapan bahawa budaya
masyarakat lain adalah lebih baik daripada masyarakat sendiri.
2.4
Bahasa Bahasa
merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan
pengertian yang tidak harus digunakan dengan sewenang-wenangnya, tetapi
mempunyai struktur.
Bahasa juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui
bahasa kita dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Bahasa adalah satu set simbol-simbol
dan aturcara-aturcara ang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna dengan sistem
komunikasi yang kompleks (Cole, 1998). Bahasa dikaitkan
bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran
masa. Linguistik
bahasa merujuk merujuk kepada kajian tentang bahasa yang meliputi kajian
tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk peraturan (sintaksis) dan tulisan. Apabila
dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini dikaitkan juga dengan
kebolehan manusia untuk berhubung atau untuk melahirkan perasaan dan fikiran
(Edward Sapir). Jika
di kaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat perhubungan, linguistic mengkaji
struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran
yang betul (Ferdinand de Saussure). Berikut
adalah beberapa contoh perubahan bahasa yang sering diperlihatkan dalam
masyarakat di nagara kita :
Bahasa
dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan
kebudayaan dan penerusan pemikiran.
Terdapat pelbagai taksiran bahasa yang diberikan oleh pelbagai pengkaji
sebelum ini dan antaranya :
Dalam
kumpulan yang menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, terdapat pula unsur
dialek yang mempengaruhi bahasa yang digunakan. Orang
Melayu bertutur didalam bahasa Melayu tetapi dialek antara negeri
membezakannya. Orang Untuk
mempertingkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato adalah digalakkan sebagai galakan penggunaan
bahasa. Sekolah
Wawasan yang menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza akan membolehkan
murid-murid di SJKC menguasai bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan dan disamping
membolehkan murid memahami budaya, bahasa serta pemikiran rakannya daripada kaum lain.
2.5
Adat resam Adat resam
adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk
melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah piawai
iaitu adapt atau kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat, turut
mempunyai kesan (isbat) kepada pelaku sama ada positif
atau negative.
a)
Adat
Resam Melayu
Pentingnya
adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar
mati anak, jangan mati adat.
Tata perlakuan dalam adat resam masyarakat Melayu banyak
dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut
unsur-unsur Islam. Adat ini dapat dilihat pada tiga
aspek kehidupan iaitu
adat resam kelahiran
, adat resam perkahwinan
dan adat resam kematian
. Beberapa adat resam Melayu
yang masih diteruskan dan diamalkan adalah seperti :
i)
Melenggang
perut ~ amalan ketika wanita hamil tujuh bulan untuk meletakkan kedudukan bayi
didalam perut ditempat yang sepatutnya iaitu dibahagian pintu kepala rahim,
bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan.
ii)
Meminang
dan bertunang ~ bertujuan mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum
dinikahkan; diuruskan oleh wakli kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan dan
tempoh bertunang akan ditetapkan.
iii)
Kematian
~ kenduri arwah akan diadakan yang diurus waris atau saudara mara untuk
disedekahkan kepada arwah; ada yang mengadakan kenduri tiga malam
berturut-turut, tujuh malam berturut-turut dan ada yang membuat kenduri arwah
pada malam ke empat puluh
iv)
Bersunat
~ adat dilakukan kepada individu lelaki dan perempuan apabila telah cukup umur
dan syarat yang sepatutnya; juga merupakan persediaan menempuh alam remaja dan
dewasa Bercukur
jambul ~ merupakan
adat yang yang diamalkan untuk mencukur jambul bayi yang baru dilahirkan dan
serentak dengan itu diberi nama.
b)
Adat
Resam Cina Beberapa adat resam Cina
yang masih diteruskan dan diamalkan adalah seperti :
i)
Kelahiran
~ semasa mengandung ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung.
Mementingkan anak lelaki, nama orang Cina terdiri dari
tiga perkataan dimulai dengan nama keluarga, nama kedua nama segenerasi dan
nama ketiga panggilan diri sendiri.
ii)
Kenduri
Selepas Kelahiran ~ membuat sejnis kuih khas berbentuk bluat berwarna merah dan
kuning berinti kacang dan tan su serta telur berwarna merah untuk diberikan
pada saudara mara terdekat.
iii)
Mencukur
rambut ~ dilakukan untuk pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru .
c)
Adat
Resam Beberapa adat resam
i)
Sewaktu
Mengandung ~ Adat Valaikaappu adalah adat ketika wanita
ii)
Semasa
Bersalin ~ membisikkan nama Tuhan – Gayati Mantiram ke
telinga bayi tersebut, juga diadakan upacara potong tali pusat, menyapu madu
untuk tujuan kesihatan.
2.6 Jantina (Gender) Menurut
Butler dan Manning (1998), “the term gender decribes masculinity and feminity –
the thoughts, feelings and behaviour that identify one as either male or
female”. Walaupun ada persamaan antara
lelaki dan perempuan, masih terdapat perbezaan ketara diantara mereka, oleh itu
guru hendaklah
mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan
jantina. Faktor
jantina mempengaruhi pembentukan iklim didalam bilik darjah apatah lagi dengan
kaum yang berlainan.
Lelaki secara fitrahnya bersikap keras dan agresif berbanding
perempuan yang lebih bersopan santun dan berhemah. Perempuan lebih cepat
matang tetapi pada satu tahap umur tahap kematangannya adalah sama. Campuran
jantina didalam bilik darjah memberi peluang murid-murid lelaki dan perempuan
bergaul dengan lebih tertib, bertanggungjawab, menghormati perbezaan yang wujud
dari segi jantina serta meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi. Sumber : Kamus
Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan
Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd
ISBN 978-967-5451-04-1 Ting
Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka
dan kementerian Pelajaran Hubungan
Etnik
http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan
Etnik di Malaysia
http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf
Konflik
Etnik dan Ras
http://sarjana.tripod.com/konflik1.html
Orang
Cina Orang
Orang
Melayu Teori
Perhubungan Etnik
http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%202005%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf Warisan
Budaya
|
Dibina pada Disember 1, 2009 oleh dan dikemaskini pada Disember 3, 2009 oleh Pengendali@2006