Kheru 2006 Education Pages

Blog

Tugasan EDU3106 Budaya dan Pembelajaran IPG KIK 2012

Posted by Kheru Khek on February 3, 2012 at 7:55 AM

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK PROGRAM : PISMP                             NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

KOD KURSUS : EDU 3106       SEMESTER : 5 AMBILAN JANUARI 2010

TARIKH MULA:  13 FEB 2012  TARIKH HANTAR:   26 MAC 2012


Hasil Pembelajaran Kursus


1.Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia.

2.Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan.

3.Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran.

4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya.

5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok.

6. Menangani  isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah.

7. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya


Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran  2, 3, 4, & 7.

 

Objektif Kerja Kursus

 

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1.  Membuat rujukan dan mengumpul data yang bersesuaian dengan kehendak tugasan

2.   Membuat catatan data yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

3.   Membincangkan secara kritis mengenai ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di sekolah.

4. Mengemukakan pelan tindakan untuk penambahbaikan ketidaksamaan peluang pendidikan kepada murid.

  

Tugasan 1: Tugasan Individu Kerja Kursus Pendek (70%)


Salah satu daripada misi pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ialah untuk merapatkan jurang pendidikan antara masyarakat  bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk memberi peluang pendidkan yang sama kepada semua golongan murid termasuk juga murid berkeperluan khas.

Walaubagaimanapun, ketidaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku  di sekolah. Fenomena  ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh faktor taraf sosial ekonomi murid, tetapi juga disebabkan oleh amalan guru dan kepemimpinan guru besar yang kurang peka terhadap pengaruh sosio-budaya  daripada  latar belakang kalangan murid. Selain itu, faktor geografi dan amalan budaya di sekolah juga merupakan faktor penghalang ke arah mewujudkan peluang pendidikan yang sama untuk golongan murid yang terdiri daripada pelbagai kelompok sosial yang meliputi kaum,jantina dan kelas sosial yang berlainan.

Anda dikehendaki menjalankan satu kajian terhadap fenomena ketidaksamaan peluang pendidikan yang wujud di sekolah ketika menjalani  pratikum. Kajian anda boleh menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual , serta analisis dokumentasi  dari segi pengumpulan data.


Sub-tugasan


Penulisan  Laporan kajian anda perlu meliputi  aspek berikut :


1.  Pengenalan konsep dan skop ketidaksamaan  peluang pendidikan yang wujud di Malaysia  termasuk kelompok sosial yang berlainan yang dikenal pasti  dalam kalangan murid.

2.  Fenomena dan isu ketidaksamaan peluang pendidikan  yang anda kenal pasti di  sekolah.

3.  Faktor-faktor yang menyumbang terhadap kewujudan fenomena tersebut.

4.  Andaikan anda sebagai guru besar mahupun seorang guru yang profesional dan peka terhadap isu  kepentingan mesra budaya, kemukakan pelan tindakan yang anda boleh laksanakan demi penambahbaikan peluang pendidikan  kepada murid berpandukan hasil kajian dan refleksi  yang anda buat.   


Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

 

1.  Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda hendaklah merujuk dan memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan ilmiah, sumber-sumber dalam internet, jurnal, ensiklopedia dan majalah ilmiah.

3. Semua maklumat yang bersesuaian dengan tajuk tugasan hendaklah dibincangkan secara kritis dan memaparkan kematangan perbincangan yang ilmiah.    

4.  Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

              i.        Font Arial

              ii.       Saiz huruf  ialah 12

              iii.      Langkau satu setengah baris

              iv.      Rujukan mengikut format APA

              v.       Lampiran

5.    Amalan plagiat dilarang sama sekali.

6.    Panjang tugasan lebih kurang 2000 patah perkataan.


Tugasan 2: Tugasan Kumpulan Pembentangan artikel (30%)


Sub Tugasan


1.  Anda dikehendaki membentangkan satu artikel secara berkumpulan berdasarkan  tajuk berikut:

a)  Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

b)  Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya

c)  Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya

d)  Ketaksamaan Peluang Pendidikan

e)  Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

f)  Kemahiran Komunikasi Guru

g)  Pelan Tindakah Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Budaya

2. Pembentangan perlu berdasarkan  maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan ilmiah, sumber-sumber dalam internet, jurnal, ensiklopedia dan  majalah ilmiah

3. Pembentangan perlu dilakukan dalam Powerpoint dalam masa 20 minit dan 10 minit untuk sesi soal jawab.

4. Pembentangan perlu membincangkan konsep/isu topik yang dipilih, implikasi pengajaran dan perbincangan konsep/isu  yang relevan dengan konteks pendidikan dan budaya di Malaysia dan bagaimana dapat membantu perkembangan profesional keguruan.

5.   Sekurang-kurangnya (minimum) dua senarai rujukan digunakan.

6.   Kerjasama dan kolaborasi kumpulan adalah ciri penting dalam tugasan ini.


Tugasan yang cemerlang harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:


1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.

2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian penulisan dan sokongan ilmiah.

4. Penulisan laporan harus menunjukkan kelancaran bahasa dan, penggunaan istilah yang  betul dan tepat.

5. Keseluruhan penulisan menunjukkan kematangan hujah secara kritis dan kritikal.

  

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Categories: PISMP IPG KIK

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

2 Comments

Reply zainal
7:17 PM on March 1, 2013 
help me
Reply Azizi
9:21 PM on March 1, 2013 
call 911